Tuesday, 9 April 2013

Baby Shower


Tak sangka, terperanjat, terkejut. Betul-betul tak dapat predict. Last Saturday, I was so busy. Pagi pergi breakfast dengan mak, then pergi survey perabot then ada bachelorette partay for my sayang, Riena Azneira. Rushing-rushing balik, sbb orang nak deliver perabot kat rumah. Katanye before 8.30 pm dorang sampai. 

So sampai rumah Serdang around 6pm, then busy packing barang untuk pergi umah Kajang while waiting for my hubby. After maghrib terus shoot pergi balik Kajang, and cari barang-barang tuk house warming esoknya. Lagipon, orang perabot tak call-call pon.

Dah siap beli barang, sampai kat area rumah, tengok jiran sebelah rumah ada kereta vios & forte.” Wauu kaya jiran aku”. Bila depan pintu rumah, tengok ada selipar,,, hati da berdegup laju…rumah gelap,, mesti perompak.. muka Mr S pon cuak-cuak, paksa teman dia masuk rumah.. ingat nak masuk dalam kereta.. takut perompak bunuh..

Me: eh, ada orang masuk rumah
Mr S: Abang Nan (abang ipar Mr S) buat kerja kot.
Me: Abang Nan kat johor la! Td baru Nampak dia check in kat fb.
Mr S: Teman saya masuk

Bukak je pintu… Surprise!!! Tercongok Nadia, Nisa and their hubby and not to forget my Ali! Rumah dah ada sofa & everything. Rupanya dorang komplot with hubby, siap kemaskan rumah, decorate for my baby shower. So ada two event harituh. One is specially for Riena and another one is for my Baby G.

I was sooooo surprised and happy. Paling terharu, nadia, shikin, azah,nisa & rina buat lasagne and cake for baby g. The food was so tasty!

Nak nangis rasa tp, muka da memang comot and nervous sbb ingat perompak belom abes lg. so tak mampu nak nangis. So jom tengok pix for that event.






till then,
xoxo

Monday, 1 April 2013

Surirumah??



credit pix to Dr. Google

Suri rumah? Mampu ker menjadi suri rumah sepenuh masa. Tibe-tibe terasa nak menjadi surirumah sebab bayi dalam perut ni. Nak menghantar ke pengasuh, area rumah hillpark masih baru. Tak pasti ada ke orang nak jaga newborn baby. Kalau jaga pon, boleh ke jaga dengan elok. Kena tengok juga orang yang menjaga ni pembersih ke, pendera ke. Kang kalau jadi apa-apa, menyesal tak sudah.

*inilah pemikiran ibu-ibu bekerjaya agaknya. Angah and kak da saya pon pasti melalui dilemma yang sama*

Tapi kalau berhenti, kene kurangkan shopping. Tak boleh main beli je macam sekarang. Sekarang nak shawl baru, baju baru, kasut baru, jam baru. Lantaklah duit sendiri kata kan. Kalau jd housewife (HW) mesti kene control semua nya. Mesti kena minta duit suami, unless….. ada side income sendiri.

Lagi satu, kalau jadi surirumah dah tak ada benefit macam maternity, medical, semua kena mengharap suami. Memangla ada amik insurance tapi monthly payment kena bayar juga. Lagi satu, terfikir juga pasal KWSP, nnt bila jadi HW mana ada KWSP. Habes dah tua nnt nak hidup guna apa, anak nak kahwin kene juga tolong sikit-sikit. Pastu nak mengerjakan umrah/haji lagi…

Banyaknye kena pikir sebelum buat keputusan drastic, lagipon kerja sini ok je. Tak ada masalah dekat dengan rumah,environment pon ok. Sbb kerja dengan agensi kerajaan kan, cuma saya nak masa untuk menghabeskan masters saya yg dah tertunggak selama 2 semester. Haha. Saya perlukan masa selama 1 bulan sahaja untuk analisa data. Itu sahaja.

Yang buat hati bolak balik ni sbb mak offer untuk buat insurance mak. Boleh jadi side income kalau jd HW, sambil tuh boleh focus on masters. Kalau buat insurance mak suruh buat mcm mak, manage mak punya client, n buat sales sikit-sikit je. Tapi mak saya banyak contact, lain la cerita nya….

Lagi satu yang bermain dalam fikiran, kalau jd HW, tiba-tiba suami buat perangai. Ada perempuan lain, kalau bekerja I still afford nak tanggung my ownself dan anak. Kalau HW, kena berserah sahaja? OHhhh no, ayah selalu pesan, anak perempuan kena kerja. Sbb byk case yang tak terjangka. Kdg2 masalah kesihatan dll.

Macam byk cons dari pros when it comes about money…Lgpon i'm just 26,,,,,

Tapi back to basic, mampu ke nak devoted my life to marriage only?

Nak mengemop, vacum, sidai baju, prepare breakfast, lunch, dinner, pergi pasar, dll. urghhhh. kalau sekarang boleh upah orang weekly untuk kemas rumah. lg sonang. hahahahha.

Sepertinyaaaaaaaaa, terlalu muda untuk jadi surirumah. So cancella nak jadi Surirumah. J

p.s: sangat kagum dengan mereka yang bergelar HW


Tuesday, 26 February 2013

26 weeks & Rumah baru


Alhamdullilah sekarang dah 26 minggu pregnant. Everything goes well, cuma sekarang tido dah tak lena. Susah nak cari posisi yang selesa sebab perut membesar, mengeras and kadang-kadang bila malam baby akan swimming dalam perut. Bila perut dah bergelora, memang tak selesa nak tidur. En S cakap maybe tuh training tuk mummy nanti supaya boleh bangun malam-malam buat susu.

à *erti kata lain,En S nak suruh sy yang bangun malam-malam saya buat susu, cessss!* ß

Sekarang pon bila tidur, selalu kena gigit biawak @ simpul biawak @ cramp. First time kena simpul biawak, tengah malam pukul 2 pagi. Time tuh En S baru balik dari kerja, baru habis concreting… tiba-tiba saya jerit “biawak gigit biawak gigit”. Naseb En S paham, yang kaki cramp. Kalau tak mesti dia cari mana datang biawak tuh. Kihkihkih. J

à*En S orang KL sangat sampai word TUAM pon dia tak tau* ß

Dalam masa yang sama, busy nak pindah rumah. So asyik ulang alik pergi tengok rumah kat Kajang tuh. Nasib nak masuk rumah baru ni banyak yang sponsor. My parent support sikit, parent in law support sikit. So dapat la reduce budget sikit. Tapi duit poket sendiri pon berabis dekat 5k for
·         5 Kipas + 18 lampu
·         1 set bilik tidur & tilam
·         meja makan,
·         sofa
·         curtain rail & curtain
·         katil single & tilam
·         dapur aluminium
·         dan barang2 basic rumah

mengah gakla naik tangga ni

empty hall boleh main badminton

officially kajang hillpark resident

Tapi syukur alhamdulillah sangat masih ada rezeki dari Allah untuk membeli,biarla barang2 simple tp ada. Nanti as time goes by, mesti boleh beli yang lebih baik. InshaAllah.

p/s: barang baby belom beli lagi. Tunggu bulan 4 baru pergi survey. Hehehe. Tp arituh dah terbeli rompers set J

Tuesday, 22 January 2013

Perbuatan Sengal waktu zaman kanak-kanak


Zaman dulu mana ada ipad, iphone game-game ni. So zaman kanak-kanak nak enjoy kene be creative. Ada ler beberapa benda yang dibuat oleh saya waktu zaman dolu-dolu.

1.       Buat bekam angin

Ingat lagi, waktu kecik-kecik suka buat bende2 experiment ni. Salah satu mangsa experiment time tuh adalah my sister, Angah. I cakap dengan dia jom main bekam angin, guna botol kaca je. Mula2 panaskan mulut botol kaca (guna botol kaca pati ayam brands) dengan lighter. Then tekap kat lengan Angah and bila angah menjerit-jerit sakit panas, I cakap “memang macam tuh. Sabar la nnt naik jd la”. Alih2 yang jadi nya tgn angah I melecur and bertanda sampai sekarang. Kihkihkih. Naseb tak kena marah dengan mak, lgpon sapa suruh angah percayakan saya J

2.       Potong Rambut Sendiri

      Dulu mana ada pergi kedai gunting rambut, so selalu nya my third sister akan potongkan rambut. So ada satu hari ni, my brother and I tinggal berdua. Sat gi dia suggest meh abg potong rambut ina, rupa-rupanya, dia pergi potong side burn yg kat tepi telinga tuh (am I spell it right?). Dah macam lelaki xde side burn, naseb time darjah satu rambut panjang. Pendengki betol.

3.       Rosakkan kereta my mom
      
      I cakap dengan mak, nak isi air kat tank kereta tuh. Nak belajar kononnya, time tuh baru darjah3 @ 4 kot. So mak pon bagi,dah isi, tutup cover engine. Pastu mak ajak pergi pasar malam, sat gi baru half way jalan, kereta berasap teruk. Mak dah mengelabah, so stop kat petrol station. Sampai kat petrol station, bukak cover engine, tgk2 rupaanya tank air tuh tak tutup ketat. Baru mak nak marah, I dah menangis-nangis meraung mintak mahap. Kihkihkih. Mak pon tak jadi marah.

4.       Hilangkan cincin kahwin mak

Kat rumah dulu ada satu lubang kecil kat porch kereta. Lubang tuh xsure lubang apa tp dalam and ada air, kalau masuk tiny thing mmg takkan dapat korek balik. So, pergi amik cincin mak, masukkan dalam lubang semata-mata nak dengan bunyi blub, mcm bunyi kita baling batu dalam air. Hebatkan? Experiment sangat. Mak marah tp time tuh kecik so sengih je.

Actually, banyak lagi bende-bende pelik yang dibuat time kecik. Tp x mampu nak ingat semua. Tak sangka zaman kecik sangat menarik.  Budak zaman sekarang, boring, semua IPad, IPhone. Tak adventure lansung. Tapi one thing la pulak, nanti anak I mesti perangai macam i. Suka explore and rosakkan benda. Hahaha. Bersiap sedia aje lah. Hihi.

Thursday, 17 January 2013

Gloomy day



Pergi tak kembali. Kadang-kadang langit tak secerah yang kita impikan. Selalu akan ada awan mendung yang berarak di tengah-tengahnya. Bila tengok kehidupan orang lain, terasa sangat bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku hidup bersama orang yang aku cintai.

Ada beberapa kawan aku, yang kehilangan orang tersayang selama-lamanya ketika mereka bahagia.
Masih ingat saat aku sedang honeymoon di Pulau Tioman, one of my friend texted and informed my ex-tikl schoolmate telah kehilangan suami yang baru dikahwininya selama sebulan lebih. Aku pergi ke majlis resepsi mereka, siap waktu tu aku guna kesempatan untuk mengedar kad kahwin aku. Dan tak sangka selepas sebulan lebih dia bernikah suaminya pulang menghadap Ilahi.

Setahun sebelum itu, kawan baikku kehilangan boyfriend yang di cintai. Sedangkan mereka tgh bercadang hendak bertunang, tp putera hati dia pergi dahulu sebelum sempat mereka ikat tali pertunangan.

Sebulan setelah aku berkahwin, aku kehilangan Fitri, kawan baik time uitm. Orang yang selalu buat aku tersenyum dan selalu belanja aku. Dia pergi seminggu sebelum hari raya, dan masih aku ingat kata-katanya waktu majlis perkahwinanku.

“aku datang ni sebab tak nak kau merajuk, dan aku nak tunjuk bakal tunang aku kat kau”

Tak sangka sebulan kemudian, kau pergi meghadap Ilahi dan bakal tunang kau, menangis teresak-esak sambil memeluk aku. Aduhai.

Tapi kini, setelah beberapa bulan berlalu, aku lihat mereka dah mampu tersenyum walaupun ada kesedihan dalam hati mereka. Mereka bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Sesuatu yang aku rasa sukar untuk aku lakukan. Aku tahu mereka menagis setiap malam sbb ada antara mereka yang akan call aku di tengah malam mengatakan mereka rindu and rasa sunyi. Kadang-kadang tak banyak yang aku bantu Cuma yang boleh aku katakan, banyakkan berdoa dan sedekahkan al-fatihah untuk mereka yang telah pergi.

Dan bagi kita yang masih berpeluang untuk bersama suami, ibu bapa dan keluarga hargailah masa yang masih ada. Dan sentiasa beringat dalam hidup ni, tak semua benda akan kekal dengan kita, satu hari nanti pasti ada yang akan pergi selama-lamanya termasuk kita.

Thursday, 3 January 2013

Ujian Pertama 2013


Masuk je tahun 2013, terus ada ujian untuk kami. Kereta Mr S rosak, so what kan? Normalla tuh, selalunya tak susah hati sangat sebab kereta abang ada. Tapi kali ni kereta abang pon amsuk bengkel, tinggal kereta mak je. Urghhh, i’ve to go to work too. Mr S pulak x boleh hantar I pergi kerja, sebab dia baru tukar site so dia pergi kerja pukul 6.15 pagi to avoid traffic jam. Sangat awal!

First day, I pergi kerja Mr S hantar, balik my bestie Riena amik. (thank u so much Riena!)

Second day, I on leave sbb pergi Shah Alam jumpe Supervisor and suddenly my sister yang tgh pantang tuh cakap.

“Pergi amik kereta Ada, tp dah lama tak start tau.Ada dekat sebulan”

Yes, Alhamdulillah pucuk di cita ulam mendatang, malam tuh juga la pergi amik kereta dia dengan Mr S kat Cheras. Tp time nak start kereta my sister tibe-tibe enjin tak boleh start. Kitorang pon taka da jumper. Dah satu hal mencari jumper, naseb my hubby kata kita pergi la Petronas, cari jumper. Time tuh da pukul 11 malam. Petronas pertama x ada jumper, 2nd petronas baru ada. Baru tahu harga jumper RM50.

At last kereta my sister boleh start! Alhamdulillah.

Bila fikir-fikir balik, nasib kereta rosak time tengah ada duit cuba kalau tengah tak ada duit. Lagi parah. Mesti ada gado kalau taka da duit. Syukur sangat kami dapat lalui ujian kecil ni ngan sabar & tenang!

Tapi next week keta I pulak nak kena masuk workshop, service pula!  =.=

Mr S aka mechanic for the day

MyVI bagi electrical shock dekat ATOS

P/s: orang cakap kalau ada macam2 ujian lepas tu mesti ada rezeki nak masukkan J

Sunday, 30 December 2012

Selamat tinggal 2012


Lagi beberapa jam sahaja 2012 akan meninggalkan kita. So semua orang start bercerita pasal azam baru, azam lepas dah tercapai ke belum. But frankly speaking, tak ingat lansung apa azam 2012.

*Nampak sangat manusia tanpa cita-cita*

Tapi yang pasti nya, satu pekara dalam 2012 masih belum tercapai isitu menghabiskan Master in Civil Engineering. Kuikui. Tak apalah, tahun 2013, azam nya nak abiskan master by April 2013. In sha Allah

Tapi sebelum cerita pasal azam 2013, moh flash back apa yang dah terjadi dalam kehidupan Sarina Saleh sepanjang 2012.
  1.  Berjaya membeli rumah dengan bantuan emak sebelum kahwin :p
  2.  Berkahwin dgn Mr S pada 29 Jun 2012
  3.  Dapat kerja baru setelah sebulan berkahwin, kerja dengan agensi kerajaan. (Mr S pon dapat kerja baru before kahwin)
  4. Disahkan mengandung pada September 2012. *mummy to be*
  5. Bercuti ke Pulau Tioman & Korea\
  6. Paling tak best,, TIDAH BERJAYA menyudahkan dissertation pada 2012. So yang ni kena carry forward to 2013.

Untuk 2013, azam nya
  1.  Jadi isteri, anak & menantu yang lebih solehah
  2. Siapkan master by April 2013 & Graduate
  3.  Dapat breast feed anak yang bakal lahir nanti
  4.  Bekerja dengan lebih ikhlas & sepenuh hati
  5.  Dapat penuhkan rumah baru dengan perabot & barang keperluan yang lain (by June)
  6. Dapat buat dapur untuk rumah baru (by December)
  7. Pergi bercuti dengan bayi yang bakal dilahirkan  

Haha, simple je azam. Tapi dalam banyak-banyak azam yang no 2 tuh paling susah. Hehe. Kene mintak tolong Mr S siapkan thesis. Kuikui. Berdoalah semuanya berjalan lancar.

Love,
Ms Sarina