Saturday, 19 October 2013

cost masuk rumah baru

Tak pernah selama ni update details pasal rumah baru. kira ni entry lapuk la. tapi nak jugak buat entry.
rumah baru. fresh from oven developer memang kosong. yang ada wiring je, badan rumah, and grill pagar. macam windows grill, kipas, lampu semua tak ada. So memang kena allocate money untuk itu.

After discuss dengan husband, decide nak utamakan pasang grill and lampu kipas. Mula-mula ingat nak pasang alarm sebab mr.S kerja site dulu, so selalu kena kerja sampai lewat malam because of concreting works. Tapi sebab cost pasang lampu, grill pon dah over budget ditambah lagi nak beli barang untuk baby yang dalam perut. so terpaksa lupakan alarm system :)

Waktu dapat kunci rumah dalam bulan februari 2013, time tu aaisyah sofea dalam perut (7 bulan).

Lepas dapat kunci, Mr S bagi amanat kat Pak Guard

Rumah Kecil Kami

View Rumah Kami
So bila dapat  kunci terus pergi survey lampu kipas. Survey dekat "House of Lighting Puchong". ramai recommend this place. service cepat dan sangat bagus. Pilih je apa nak then their salesgirl buat functional test on each items, bayar and dorang hantar sampai dlm kereta. -sorry no pix waktu beli lampu sbb penat sangat-

Lepas decide lampu semua, kena cari contractor pulak untuk pasang. Senang je, kami minta abang ipar Mr S pasang, murah je. RM2200 untuk pasang kipas lampu cermin toilet inclusive pasang grill setiap tingkap  :)
Harga family kalau nak suruh orang lain confirm mahal. Service pon bagus, sekali je pasang, tak payah 2-3 datang betulkan. Btw kalau readers blog ni yang nak contact abg ipar pian, boleh email saya dekat sarinasaleh_1611@yahoo.com. Harga boleh kawtim maaa. ^.^

cermin toilet and towel hanger pon beli kat house of lighting

kipas and lampu bahagian meja makan

ruang tamu, kosong lagi

ruang tamu again


Grill kami pasang setiap bilik, kat hall, pintu dapur. kami choose basic design sbb tuh murah. Abg ipar Mr. S pasang dalam masa satu hari je. Hehe. Then rumah complete. 
nampakkan grill kami, basic je, tak ada bunga-bunga.
picture time lepas bersalin.
Then beli perabot, kami beli dekat bangi perabot one stop center dekat Jalan Reko and the other one dekat dengan area village view. Our perabot mostly white color. Sebab nak nampak rumah luas :)

Perabot situ pon murah, kami beli set bilik tidur 800, almari dua pintu dengan katil untuk dua bilik dan tilam yang super comfy. Tilam brand Dreamland RM800 tebal around 12 inch. Katil single untuk time pantang beli dalam RM200 (macam picture atas) tilam rm100 je (sebab untuk sebulan je guna). Then, meja makan harga around rm400-rm500 kot and alas tv harga rm200. Yang meja tengah kat hall beli kat IKEA.

bangla pasang katil

alas tv Mr S

Cuci rumah lagi

meja makan
Ouh lupa cost sofa merah kami (sofa bed) harga rm 800 je. Lupa aircond pharmacluster kami beli dari kawan abang saya, murah siap cost pasang 2 bilik dan peti ice and washing mashine baru rm3400 kot. so settle. carpet curi rumah mak, langsir pon sama. kihkihkih. memang kehidupan orang baru masuk rumah. 

Sejujurnya, memang kami tak mampu untuk beli semua ni kalau tak ada bantuan dari famly kedua-dua belah pihak especially my mom. Mak yang bagi duit untuk beli rumah, tolong beli perabot sikit-sikit.

Duit memang macam air especially waktu yang sama mengandung dan tengah sarat. Tapi percayalah rezeki anak yang selamatkan kami. Ada saja yang membantu kami, kakak dan abang saya juga. Syukur sangat.

Boleh dikatakan hidup saya bertuah, dikurniakan keluarga & family in laws yang sangat baik dan memahami. Mampu beli rumah sebelum bertunang dan dikurniakan anak selepas setahun berkahwin. saya syukur atas rezeki dari Allah swt dan semoga kami mampu balas semula budi mereka yang banyak berbakti pada kami.

Ameen.

Till next update,
Sarina Saleh








Friday, 27 September 2013

Aaisyah Sofea is now 4 months

Alhamdulillah, Aaisyah Sofea Sufian is now 4 months old.

Dan syukur juga masih mampu menyusukan si kenit ni sampai waktu ini. Allah maha pemurah lagi maha pengasih. Allah tahu kalau aku tak menyusu badan confirm aku tak cukup wang utk shopping. (boleh gitu?)

Mungkin. Ada kemungkinan juga sebegitu. who knows?

Sepanjang Aaisyah Sofea berusia 4 bulan ni, boleh dikatakan dia jarang meragam. Satu-satu ragamnya, dia tak suka minum botol. Cuma bila dah masuk 4 bulan ni baru dah boleh guna botol 24/7. Kalau tak memang ber"cinta"lah nak suruh guna botol especially when her mommy is around. 

So bila pergi shopping nak tak nak memang akan nursing dia kat resto or pergi kat nursing room. jangan tak tahu pernah sekali Aaisyah meraung nak susu time tuh dalam debenhams kat The Garden. The only solution i had at that moment is direct feed. Time tu lantakla orang pandang ke apa. I have to express milk. 

"Breastfeeding momma rocks"

Another thing, hobi Aaisyah Sofea tengok TV. Yurp, It's true! memang boleh biarkan dia dekat sejam tengok TV. Normally after ambil dia dari baby sitter, letak je dia depan TV. then rushing masak kalau rajin. This little princess ni focus tengok TV dan hanya melalak bila lapar or poo-poo sahaja. Syukur.

Ouh lupa nak bagi tahu, Aaisyah Sofea suka dengar suara Ranjit bila tengok Upin-Ipin. Bila suara Ranjit je sengih melampau. Jangan dia berkenan dengan mamat Sikh sudah.

Sepanjang Aaisyah Sofea 4 bulan ni, i know i've been a different person. It's like i have been someone that never exist. Someone that is more responsible and sangat menjaga percakapan. I'm afraid what ever i say might harm Aaisyah either intentionally or unintentionally. 

Mr S also show a different side of himself. He became more responsible and more caring but less romantic. (sorry husband :P )

But i must say, he tried his best to be a great father and great husband at the same time. we both juggling to adapt the responsible. i'm so thankful for giving me such a good husband. Eventhough ada kurang sana sini sedikit sebanyak, tapi i must say that we both live a happy marriage. My family especially mak surely happy tengok anaknya dijodohkan dengan lelaki yang baik.

As to date, i'm still waiting for my new car. Opsss our new car. harap-harap dapat cepat! dah tak tahan pinjam kereta orang, naik segan pon ada.

Next time nak sambung cerita pasal baby sitter aaisyah sofea sufian. 

Sleeping beauty
Big boss is sleeping. zzzzzz
her smile really made my day

master chef



Sunday, 28 July 2013

Anniversary Pertama

It's just a simple celebration for us since at that time i'm still in confinement period. Tapi Mr S never failed to suprise me! Time tuh a day before majlis aqiqah Aaisyah Sofea, so Mr S pon beli air kordial (in a bulk) dalam kereta and dia panggil saya pergi ke kereta.

Tibe-tibe.....

bukak bonet kereta ada cake da siap-siap pasang lilin. My favourite cake! Creme brulee cheese cake. Thanks darling for make it happen. Suprise sangat! Bunga pon ada 12 kuntum, macam kami dah 12 bulan berkahwin :))

Hadiah anniversary saya bagi kat Mr S is phone Samsung S3. saya pulak dapat handbag Micheal Kors sebab bersalin dan merangkap hadiah anniversary.

Dear hubby,
Thanks for being such a responsible husband.
Appreciate all you effort for our marriage,
and just wanted you to know that,
I love you today but next year to come,
I will love you more. 




Friday, 7 June 2013

Aaisyah Sofea bt Sufian

Alhamdulillah,
Lahir juga Baby G pada 21 Mei 2013, tepat jam 5.23pm dengan berat 3.5kg. Tak sangka baby yang ada asyik menguit-guit dalam perut akhir keluar dengan sempurna, sihat. Allahuakbar.

Macam mana tahu nak bersalin? Emmm, dari hari ahad 19/5/2013 dah rasa perut mengeras kejap kejap. Bila malam lagi kuat, last-last google "kenapa perut mengandung keras" and google bagitahu itu adalah "contraction". baru tahu, pestime katekan. So esok paginya pergi an-nur, and doc ckp tgk dulu ada bukaan ke tak. Sat gi ada bukaan 2cm. So kena warded. Tp smpi petang bukaan still 2cm, doc ckp tunggu esok, kalau bukaan tak ada progress doc pecahkan air ketuban. Hehe, malam tuh Mr S pergi pasar malam belikan tongkeng ayam, rangka ayam goreng and yong taw fu sbb takut isteri dia ni kempunan time pantang. Food galore la malam isnin tuh. Esoknya doc tgk bukaan baru 4cm so doc ckp dia pecahkan air ketuban. Dlm pukul 2.30pm dr pecahkan, around 4.45 bukaan da 10cm. Naseb doc advise amik epidural awal-awal, kalau takut sakit. So amik jela, tp time cucuk utk epidural tuh sakit jugak tp bila tgk muka suami yang sayu terus kuatkan semangat. Lepas amik epidural mula rasa loya pulak n badan gatal. Doc ckp maybe allergy ngan ada satu ubat tu. tp boleh kawtim lagi. Time tgh nak contraction tuh boleh pulak nurse tuh nak luahkan prob dia kat kita yang tgh nak meneran. Bukan tak nak dengar tp ni pestime nak bersalin! Tak mampu nak dgr masalah org time2 getir. Dlm labor room tuh jugak tepon mak, suro mak doa. Tak lama lepas tuh terus baby keluar. Sedor-sedor baby dah ada atas perott! Dan alhamdulillah tak rasa sakit meneran dan rasa doc jahit pon mcm kena gigit semut. Syukur mungkin berkat doa Mr S and mak ayah dan kakak abang.

Tapi one thing, memang tak mampu rasanya nak bersalin sorang-sorang kalau mr S tak ada kat sisi. Seriously! Ada suami bagi semangat baru la ada kekuatan nak push walaupun semputtttt. Haha. Paling best time push tuh suami cakap ok nnt boleh mintak hadiah lepas pantang. Yebaaaaaa!

Malam tuh jugak famly in law n my famly n best fren nadia ali dtg melawat. Rasa disayangi sangat! Tp malam tuh sbb degil nak mandi juga akhirnya pitam dalam toilet. hehe naseb time mandi tuh mr S ada kalau tak pitam la sekor-sekor.

Kalau nak tahu berapa total cost bersalin kat Annur is 4,700 kot termasuk sunat baby, warded 3 hari, epidural n vacum sekali. Bilik sorang.

And dr khamsiah memang terbaik before keluar hospital dia siap kiss lagi cakap "tahniah mama, semoga jadi ibu yang solehah"

Sekian!



Friday, 19 April 2013

Special Dinner @ Event

Awal-awal kenal dengan Mr S, memang tahu dia kuat makan. Suka try macam-macam.

Dari zaman hingusan time study dah tau dia & kawan-kawan dia suka pergi fancy dinner. No wonder Mr S ni jadi bolat-bolat. ^.^

Tapi once kitorang start bercinta Mr S buat rules mesti pergi dinner (special dinner) once a month sejak kami bekerja. Tak kira lah siapa belanja, tapi mostly semua Mr S yang bayar. Maybe 2@3 kali sahaja, saya yang kedekut ni bayar.


;P

Ni list restaurant@cafe yang kitorang pernah pergi for our special dinner. Rasanya ada resto yang tertinggal. Dah tak mampu nak ingat.

-Kokopelli, PJ area
-The Apartment, The Curve
-Rakuzen, G-Tower
-Petite Millie, One Utama
-The Garden, The Curve
-Ben’s, Pavilion
-Capriciossa, Pavillion
-Bumbu Bali, Puchong
-Haven, Look Out Point
-Pannaz Café, Damansara
-Kunang-Kunang, Gombak
-Full House, Sunway Pyramid
-Chocolate, The Curve
-Bubba Gump, Sunway Pyramid
-Bora Ombak, Kg Sg Penchala
-Delicious, Jln Tun Razak
-Little White Café,Bangi
-Manhattan Fish Market, E@curve
-Fish&Co,One Utama

The Apartment, The Curve
 
Kunang-Kunang, Gombak

Bubba Gump, Sunway Pyramid

Bora Ombak, Kg Sg Penchala

Full House, Sunway Pyramid

Bumbu Bali, Puchong

The Garden, The Curve

Pannaz, Damansara

Chocolate, Pavilion

Capriciossa, Paviliom

Ben's, Pavilion
Little White Cafe

Petite Millie, One Utama
Rakuzen,G-Tower
Sorry picture tak menarik, lepas ni dua-tiga bulan tak ada special dinner. Sedihhhhhh. Sebab tengah confinement.


Tuesday, 16 April 2013

Current Trend Bersalin

Sekarang bila wifey bersalin memang suami bagi hadiah kennn..

One of my friend dapat handbag GUCCI, COACH sebab bersalin anak, ada yang dapat emas and ada yang dapat jam.
 
Menarik betolllll... camni mesti wife-wife lagi semangat nak bersalin... Untunglaaaaaa wifey-wifey ni....

Kalau saya, saya pon nak, tapi ukur kemampuan suami. Kalau suami bagi, memang bonus. :)

Tapi buat masa sekarang ni.... memang teringin nak ada kitchen cabinet. kalau dapat kitchen cabinet mesti asyik masak. Eceyhhhhh...

Balik kepada topik, untung sangat suami-suami yang tahu menghargai pengorbanan isteri ni. Kadang-kadang kalau suami bagi keronsang sepuluh ringgit pon isteri dah senyum macam nangka busuk. Apatah lagi kalau bagi handbag, shoes etc etc..

Tapi paling penting, suami tak lepas tangan time bersalin, janganlah mengharap ibu mertua yang nak mandikan baby, masakkan lagi, sidaikan baju, lipat baju. Ibu mertua bukannya bibik time isteri pantang, jadi ringan-ringankan tulang sebab waktu lepas bersalin tu isteri memang stress (based on my sister and fren cerita) sebab sakit bersalin+baby clingy to you all the time+environment dll.

Harapnya Mr S sila lah ringan tulang dengan isteri waktu confinement nanti.

p/s: Semalam bila tengok stimulation video orang bersalin, rasa macam nak pitam.


Kehendak ISTERI


Baru-baru ni banyak yang share mengenai kehendak perempuan kat FB. Perempuan nak lelaki yang boleh jadi IMAM, CHEF, PLUMBER @ ENGINEER, ROMANTIK, BABY SITTER, BEST FRIEND, ROMANTIC, CLOWN,  dan beratus-ratus list lagi.

Tapi actually, perempuan just nak lelaki yang boleh membimbing, ringan tulang & memahami. Hal urusan rumah, memang perempuan boleh settlekan dari mop, sidai baju, cuci sampah, masak, dan macam-macam lagi. Tapi perempuan sekarang bekerjaya, penat kat office lepas tu rushing-rushing nak sediakan makan malam pula. Kain baju nak berangkat juga. Ingat semua tuh tak guna banyak tenaga??? Jadi time macam ni la kita perlukan suami untuk bantu sedikit sebanyak. Tolong bende yang mudah cukupla, macam…
·         Angkat kain
·         Buang sampah
·         Tolong lap meja lepas makan
·         Tolong feed the kids

Simple! Itu dah lebih dari cukup. Macam tuh separuh dari beban isteri dah terlepas.

Bagi saya, saya tak mengharapkan suami boleh jadi plumber / electrician. Kalau suami ada kelebihan membaiki, it’s a bonus, tp kalau ada kelebihan “seperti tikus membaiki labu” baik tak payah. Biar la kita upah sahaja orang & puas hati.

Lagi satu, pekara paling penting ialah suami mampu jadi IMAM. Mendidik anak & isteri mengenai halal & haram, menegur kesalahan dalam solat, dan membetulkan sewaktu mengaji. Kalau tak boleh betulkan pon, ajaklah isteri untuk sama-sama pergi belajar dgn cikgu agama @ jemput cikgu agama datang ke rumah. Ini kehendak saya yang paling penting.

Dan untungnya, kalau dapat lelaki yang sensitive, yang ingat birthday kita @ anniversary. Walaupun sekadar ingatan, sudah lebih dari cukup. Tak semestinya nak kena bagi hadiah, cukupla mengingati.

So, perempuan tak de nya nak lelaki jadi superman bagai semua sebab memang tak wujud lelaki cam gituh ponnnnnnnnn.

Cukupla lelaki tuh jadi RINGAN TULANG & PEMBIMBING.

p/s: sekadar sharing