Yup, saya paham masalah kahwin muda. Kahwin sama baya pulak. Lepas kerja setahun terus kahwin. Itu saya. Simpanan pon nan hadorrr. Memang seksa tapi benda ni parent kita pon lalui juga. So what the heckkkk!
Saya bagi sedikit tips, mungkin tak tersusun tapi boleh
gunakan sebagai panduan.
Anda nak beli rumah. Duit yang ada cukup-cukup untuk booking
je?
Bayar 10% tak mampu? Yela kalau 10% from 370k, mana nak
cekau rm37K?
Cari pemaju yang bagi option untuk pembayaran 10% ni.
Macam saya, harga rumah RM378K, so ada diskaun 7% as bumi. Balance
ada lagi 3%, pemaju bagi lagi discount 1% sbb “early bird buyer”. So balance
saya cuma bayar around 3% dari harga rumah.
Tapi saya ada dapat rebate lain lagi dari pemaju. So beban
untuk down payment dah kurang. Tinggal untuk bayar S&P agreement je.
Bayar lawyer dalam RM7-10K. Ada yang pemaju cover untuk
lawyer fees, so pandai-pandai cari pemaju yer kawan-kawan.
Pemaju pon akan introduce bank officer untuk kita apply
loan. JANGAN apply satu loan sahaja! Apply banyak-banyak. Dan tengok apa benefits
yang bank bagi kat kita seperti lawyer fees, MRTA semua. Ada bank bagi kita 90%
pinjaman, ada yang 100%. Semua tuh depends on our commitment.
Lagi satu, make sure payment commitment (contohnya kereta,
credit card) kita pon cantik, baru bank senang lulus loan.
Then proceed dengan S&P, settle ni boleh keluarkan duit
KWSP dari account 2. YiPPa!
Memang duit KWSP tuh untuk masa tua kita, tapi kalau dah
duit tak ada, guna jela resource yang kita ada.
Nak kurangkan beban bulan-bulan? Keluarkan duit KWSP account
2 (mana yang ada balance) untuk monthly payment. Korang boleh google document
apa yang KWSP nak untuk buat pembayaran ni. KWSP akan transfer duit kat account
korang setiap bulan dan jangan pulak duit tu guna untuk belanja benda lain!
Kena discipline.
Pembayaran bulan-bulan pulak. Ikut progress rumah. Mula-mula
100, makin banyak progress rumah makin banyak la bayaran rumah. Once rumah dah
siap baru bayar FULL. Time tuh menangis nak bayar.
Love,
Sarina
No comments:
Post a Comment