Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, 26 November 2012

Tak setuju

Saya sama sekali tak setuju dengan pandangan penulis ni. Ye memang tak salah, suami kahwin lain dr ada affair. Tp setiap isteri, tak pernah nak suami kahwin lain. Especially isteri yg susah senang bersama suami dr awal dan bila dah senang, nak cari lain. Senang nya orang belum berkahwin ini berkata-kata, mereka tak pernah tahu apa perasan seorang isteri terutama isteri pertama. Betapa isteri pertama sanggup senang susah bersama suami. Sanggup kerah tenaga siang malam, tp kesudahannya dimadukan. Mungkin orang cakap sy anti poligami, tp bagi sy kalau ayah dan mak sy boleh bersama tanpa ada org ke 2,3,4. Pasti saya mengharapkan yang sama dr sang suami.

Wednesday, 29 August 2012

2 bulan

Hari ni 29/8/12 genap 2 bulan jadi isteri to someone. Alhamdulillah.
Syukur pd Allah swt kerana mengurniakan sy seseorang yg boleh fit dengan perangai sy yg tidak penyabar dan terburu-buru.
*Allah maha mengetahui bukan?*

Bila org tanya kahwin cam mana? Best? *what a question laaa*
mestila jawapan dia BEST GILERRR tp dlm best tu ada byk bende yg tersembunyi.

Setelah berkahwin byk tanggungjawab taw, tanggungjawab kt suami, mertua n family sendiri.

Selama ni semua mak ayah kakak abang dan kawan-kawan settle kan. since dah kawen, semua kene settle sendiri.

Paling tak sangka, ina boleh sediakan baju stokin untuk suami pagi-pagi,
 *walaupun kak mar yg gosokkan baju2 Mr S, kihkihkih*

makan minum suami tuh dah bolehla uruskan sbb memang gilir-gilir masak dengan mak
*tapi kadang-kadang suami kene tolong lap meja and cuci pinggan mangkuk*

Mr S pon still in learning process, ina selalu gak kene tegur pasal aurat. Haha. tapi Mr S slowly tegur tak dela drastically kene berubah.

Alhamdulillah buat masa ni Mr S masih seperti dirinya macam waktu bercinta dulu. Tapi ni baru 2 bulan, kalau 2 tahun mungkin ada perubahan nanti tapi harap-harapnya perubahan ke arah kebaikan.

tapi i still remember what my aunt told me,
"5 tahun pertama perkahwinan adalah masa mengenali hati budi pasangan yang sebenar-benarnya. kalau boleh survive the first five years, Insyallah perkahwinan tu akan kekal sampai ke akhir hayat."

My sisters boleh survive the first 5 years, so do i. Insyallah :)

semalam 
29.8.2012
pergi celebrate 2 months anniversary
*makin gemuk sbb makan dessert pukul 10 malam*




Thursday, 10 May 2012

Dugaan bertunang

Semua orang bertunang ada dugaan ade yg dugaan duit, ada yg dugaan org ketiga. Macam kami, dugaan datang macam-macam
1. Saya involved with accident. Dengan BMW pulak tuh!
2. Mr.S kesayangan saya jatuh dlm concrete ditempat kerja nasib baikla just calar balar je
3. Kereta Mr. S kena bayar roadtax and tiba-tiba kereta rosak
4. Sy dituduh bukan2 oleh seseorang hanya dia salah interpret email yg mana boleh menghancuskan keputusan master sy. Super duper terrible disaster. :'((
5. Kedai Kad kahwin salah print kad saya. Saya request kad color purple dia bagi hitam. Mmg hangin tahap tenuk tp nasib dah dewasa so mls nak sembur org mcm zaman remaja dulu.

Alhamdulillah dugaan wang tuh sy xrasa sgt mungkin sbb mak byk sponsor. Hahaha. Nak nangis bila pikir balik tp kene tabah. Dugaan xsebesar mana pon, compare dgn org lain yg x cukup makan pakai. So tak mahu complaint banyak-banyak. ;))

Friday, 2 March 2012

Medical Leave

Nama demam tapi sempat juga membeli & belah sampai terbeli (memang disengajakan)
1. tudung bawal 5
2. Canvas printing
3. Cincin nikah boyfie
4. Baju nikah

Puas hati ok! Xsabar tunggu cincin boyfiee siap sbb custom made. Canvas printing tinggal nak COD kat shah alam. Naseb tak terbeli tv plasma. Haha. Nafsu. Tp ku tahan kan jua. Ok!

Activity semalam:

Sebab mc so semalam pergi shah alam, medan mara & jumpe wedding planner (belah pian) aka kawan baik dia.
Mula-mula Pasal baju nikah beli kat jakel, shah alam.
Tips2 beli kat jakel, kene pandai melodrama! Itu sudah pasti.
First, bagitahu range budget kite.
Second, pilih kaen paling kita suka.
Tiga, kalau over budget buat muka sedey.
Empat, cakap tak jadi beli or u just survey sbb famly u nak pergi bandung.
Lima, kalau tak dpt discount more than 40% blah je. :)
(nak belah kena kuat semangat sbb they will push u to buy at least one thing from their store)

I got 40% discount from 750 jadi 470. Dpt 2.5 meter beading chiffon, 4m plain chiffon, 4m lining and 5m kain baju melayu for boyfie! Amazing huh! The beading was very nice, simple and pink-ish. No teaser for the kaen since dah pergi hantar kat tailor! :D

Then pergi medan mara, jumper tailor.
Ok tailor pon murah sgt! Sbb tempah baju kurung moden with kaen kembang kembang gituh baru 270 (fyi, kaen chiffon beading sangat susah nak jahit) .So ini Sangatttt murah hokay? Pergi butik laen semua nak 400. Gila!
So pergi tempah kat butik humaira medan mara. Berbaloi!

Then jumpe wedding planner belah pian, Azim from permata waja. They will arrange the wedding from head to toe, from a-z. Hehu. So next week azim dah arrange time dengan fashion designer dia. Seems like wedding dekat belah lelaki akan the bomb jugak. So ade peluang dpt 2x pelamin impian. Jeng jeng!!

Foot Note: esok tempah kad kahwin & jumpa mak andam belah saya!

Monday, 27 February 2012

Monthly Expenses

Hari gaji masuk!

Hip Hip Hooray!

Tapi.... nak kahwin ni banyak pakai duit, banyak yang kene saving.

Meh tengok expenses bulan MAC


  1. Allowance mak ayah = RM 150
  2. Saving Kahwin          = RM 1100
  3. ASB                         = RM 100
  4. Kereta                      = RM 600
  5. Maxis-shit                = RM 150
  6. PTPTN                    = RM100
Total 2100. So balance tuk minyak, makan, jenjalan, tinggal 100 je ,naseb ade income dari MAA.  Gaji sekarang tak sama macam kat TOP GLOVE. Tapi tempat kerja sekarang alhamdulillah less pressure. 

Tapi yang best kerja UPM ni boleh claim untuk makan bila pergi outstation, walaupun everything UPM provided. I mean dari segi hotel, makan, transportation.

Dapat lagi allowance pergi travel, 500 per trip. *tapi yang ni boss claim kan, bila dia claim dia punya and ingat kita, baru dapat*

Foot Note: Sentiasa berdoa hidup dimurahkan rezeki, diberkati & selamat dunia akhirat.

Thursday, 16 February 2012

Barang Hantaran Kahwin

Hi si chantek & si chomel,

Kat office ni, tak ade kerja. So mari kita tengok barang hantaran untuk kahwin....... :)

Sarina - Sufian

1. Cincin Kahwin
2. Camera
3. Baju kemaja
4. Towel
5. Sejadah & Al-Quran
6. Sirih Junjung
7. Buah
8. Chocolate
9. Cake

Sufian - Sarina

1. Hantaran
2. Gelang
3. Handbag
4. Chocolate
5. Perfume
6. Sirih Junjung
7. Telekung

Foot Note: Simple jer sebab dah beli rumah so tak nak membazir.

Wednesday, 15 February 2012

.2012.



Olla miamore

Tahun ini alhamdulillah semuanya teratur. Terasa berbaloi dengan segala keperitan yang pernah hadapi sewaktu 2011. Tahun 2011 diuji dengan fitnah orang, ditikam oleh sahabat yang bersembunyi dibalik topeng, tidak bekerja selama tiga bulan dan mengharapkan belas kasihan dari ibu bapa. *sedey, dah biasa gaji 3000++ tiba-tiba jadi 1500 je mak bagi*

Start akhir 2011 lepas keluarga Encik Sufian masuk merisik, *merisik pada 2/10/2011*
tiba-tiba dapat offer kerja kat MDeC. Kerja ok tapi penat sikit sbb lepas kerja berkejar-kejar pergi UiTM Shah Alam. Letih. Pergi kerja kol 730 balik rumah kol 11. Harap semua subject lulus la semester ni.

Awal tahun 2012, sebelum bertunang, mak approve beli rumah. Seperti biasa mak bagi down payment dekat 11k *hutang dekat mak dulu* tak lama lepas tuh loan rumah approved. So bertunang pulak 4.2.2012. Then tiba-tiba dapat offer jadi Research Assistant dekat UPM. Rezeki duit minyak dah saving. Tapi lepas ni ade kelas cuma 2x je seminggu, dulu 5x seminggu, duit gaji habis buat bayar minyak tol ke Shah Alam je. Tapi mak pesan jangan complaint sebab nak menuntut ilmu. Tibe-tibe hari ini, 16/2/2012 pian dapat offer kerja dengan BAUER, gaji Alhamdulillah tapi masa kerja pon dari pukul 7am-7pm. Hehu. Tak pe time muda ni banyak kene kerja keras.

So tadi budak office informed, jadi RA kat sini bukan dapat basic gaji je. Macam harituh pergi outstation for two days akan dapat 500 per trip. Hehu! Tapi ni depends dengan jasa bak lecturer. Biasa nye dia akan accumulate for couple of trip pastu baru bagi. Harap-harap dapatlah sebelum kahwin. Tadi budak office pon cakap lepas sebulan gaji maybe naik lagi seratus dua ratus. Alhamdulillah. Harap dapatla.

Foot Note: Semalam dapat beli tix pergi KOREA. So, Jakarta in September, Korea in November.*Somersault*

Sunday, 5 February 2012

The Double S Engagement

Semoga Allah memberkati kami
Event : The Double S Engagement Day
Time  : 11.00 am - 2.00 pm
Venue: Teratak Saleh Rohaya
Theme: Grey+ Pink

Alhamdulillah syukur yang teramat dengan sempurna nya majlis iena & pian. Walaupun ade flaw here and there but everything goes as it planned. Both family happy, kawany -kawan pon ramai datang and pakai baju ikut tema.
Bahagia sangat sebab semua orang tersenyum lebar! barang hantaran pon chantek-chantek. Ni just teaser entry,.  Detail nanti kita cerita kemudian. Now just enjoy all the picture love,,
the ring-o


bajet Arabish

sayang mak!

with angah
with my third sister -kak ada-

big mem -along-
Besties forever

Sporting lovelies

Drama-Drama

Gediks but love it!


Matrix angel!

Center of attention ;)
Pretty gegurl


Goodies bag.


Foot Note : Pix abang & ayah tak de yang chantek! kene tunggu dari photographer :)

Monday, 30 January 2012

Syurga Cinta

Tak pernah tersangka & terduga dapat beli rumah
pada usia 24 tahun weh!!!
~we all bukan anak Dato uoll~
Semua ni hadiah dari mummy love
 (aka hutang tanpa interest rate)
Syukur sangat hadiah dr Allah swt melalui emak
Loan pon dah approved!

Location Rumah:
Kajang Hillpark
(near to Jalan Reko)
Current status:
under construction 
Expected year to complete:
2014

 routing the road

 dream house

master bedroom

ruang tamu ;)
dlm rumah pon ade guard hokayyy!

wet + dry kitchen

backyard aka tempat sidai baju

kids room (way to longgggg)

Foot Note : Syurga pertama kami. Semoga semuanya siap sebelum 2014. Insyallah

Sunday, 29 January 2012

Somersault

Chronology of Blissful Friday Event :)

Friday (27 January 2012)

8:00 am : Went to IV Consult located at South City Plaza, Sri Kembangan (their parent company in Holland)
8:30 am : Arrival and need to answer all structural question *only answered 10 out of 25 questions, sad*
9:00 am : Interview session with the management and IR Ismail.
10:30 am : Arrived at UPM but could not find the visitor parking *UPM besau kotttt*
11:10 am: Masuk Level 11, Menara Kejuruteraan UPM.
11: 20 am : Interview session with Assistant Project Manager and Project Leader
11: 30 am : Interview session via mobile with the Project Manager
11: 40 am : Jeng Jeng Jeng......  U masuk 1 February 2012, ikot kitorang pergi training kat Cameron ok. All expenses will be provided by us.
12: 10 pm : End of interview session

Yahooooooo! *somersault*

Dapat kerja baru dengan UPM-NEST. Alhamdulillah, semoga ni yang terbaik. Rezeki nak bertunang. hadiah dr Allah SWT.

Betullah apa yg dikatakan Ibnu Mas'ud "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan" 


Foot Note: Walaupun sebagai Research Assistant, gaji yang diberikan lg banyak dr position sekarang!

Monday, 9 January 2012

Nilai 3 Penipu!

Hi darling,
Semalam tolong Cik Nah (my mom's bestfriend) buat hantaran. Cik Nah sponsor decorate, me jadi orang suruhan. Pukul 11 pagi mak dah bersemangat ajak pergi umah cik nah yang jarak dalam 20,30 tapak dari umah kami. Siap mak bawa lauk sambal petai udang, ikan kembung kecik goreng garing-garing, daun puri campur keledek masak lemak putih pergi umah Cik Nah. Sampai je terus buat kerja balut tapak hantaran. Tak lama lepas tuh Kakak pertama yang kepochi datang untuk memeriahkan suasana.

Dalam pukul 3 pm barang macam tak cukup, jadi pergi la ke FAH LEAN BALAKONG untuk beli artificial flower. Harga dia super duper lower compared to Nilai 3. Ada satu bunga beli kat Nilai 3 harga dia RM13.90, kat Fah Lean baru RM5.90. Half price deknonnnn... siap sekarang ade discount 20% lagi. menyesal beli kat Nilai dulu. Huhu.

Tapi Alhamdulillah,
tangan yang tak berseni mampu menghasilkan..................................


Foot Note: Harap-harap gubahannya menjadi. Ameen

Wednesday, 28 December 2011

idaman

heh,
berangan memang tak salah sebab dari angan-angan jadi kenyataan
meh berangan kad kahwin pilihan ina. i love something that elegant yet simple.
After google-ing and facebook-ing, maka ini hasil idaman saya!
 simple and nice

 vintage by zahiril and shera
kalau white color confirm amik!

foot note: budget saya hanya 60sen untuk kad kahwin! haha kedekut ;))

kahwin or tunang

hi kiddos, 
kalau diberi pilihan which one would you choose? bertunang? or kahwin terus? 

ikut ISLAM, xde tunang, disaat kita berkata "ya, aku setuju menjadi isterimu" tatkala tuhla dah dikira ade perjanjian.Mana-mana lelaki yang cuba merosakkan hubungan antara dua insan yang dah berjanji tuh dah dikira berdosa.Tetapi kalau si lelaki ke-3 ni tak menyedari status si perempuan tuh, maka dimaafkan.

Ok back to the earlier topic. KAHWIN vs TUNANG.

Tunang orang cakap banyak dugaan, nafsu, orang ketiga and duit belum masuk nak puaskan hati family dua-dua belah lagi. Tapi time ni la kita boleh tengak kesanggupan susah sama susah dan kalau jodoh itu yang terbaik status dari tunang akan upgrade jd kahwin.

Kalau kahwin terus memang banyak boleh cut cost, xpayah buat makan 2x, hantaran sekali dan mengelakkan maksiat.

Semalam seorang sahabat telah private msg ina kat FB,

“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :

1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,

2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,

3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Abdullah bin Mas'ud r.a : " Carilah kekayaan itu dalam pernikahan"

Maka ina telah membuat keputusan bersama si dia untuk mempercepatkan majlis 
pernikahan. Tapi ini hanya cadangan, sebab ina start semester baru March until July and this semester kene submit dissertation. So nak tak nak ina mesti siapkan thesis by end of May. 
Insyallah i can do it since my supervisor pon nak siapkan thesis tuh cepat-cepat. Insyallah boleh siap & boleh focus tuk majlis. naseb next sem kelas satu jer.

p/s: masih dalam perancangan belum pasti lagi.


Tuesday, 20 December 2011

wordless wednesday

tengah sebuk update kerja kat office
mata & kepala pening-pening
mari kita tengok barang hantara.
Semua orang ade impian untuk hantaran kan?
So, this is mine.
i want pink with grey and some purple
........



tapi
.
.
.
kalau banyak bunga mahal
:((

foot note: tengok jela the final result nanti! ehh fyi, gubahan hantaran pon sponsored by my auntie ;))

Thursday, 15 December 2011

Busiest gurl in the house

Hi peeps,
Sorry for being silence for few weeks.I'm kinda  busy with my works and study. Still in process to adapt with my new job as Intellectual Property Executive. This gonna be my temporary job until i settle down with my master. After that  will find a permanent jobs as lecturer. (cross fingers ;)) ) Hopefully, everything will go smoothly. InsyaAllah. aahh boring cakap pasal kerja + belajar kan?

Lets cherita bout kahwin-kahwin. Auuuww~
Another one month and 24 days i will be some 'tunang'. (lomapat bintang)
So preparation baru nak buat. Last week baru cari perfume, kasut and baju tunang. Plan i & En Sufian nak bagi 7 balas 5 dulang. Of course i dapat 5 dulang and En. Sufian dapat 7 dulang.

List saya bagi En. Sufian

  1. Perfume Calvin Klein (RM290.00)
  2. Kasut Polo (RM200.00)
  3. Handphone Samsung SII (RM 1899)
  4. Sirih Junjung (RM50)
  5. Chocolate (sponsored by my second sister, Angah
  6. Cake (sponsored by Busu Zila)
  7. Buah (RM50)
List En. Sufian bagi saya
  1. Cincin (RM1600)
  2. Perfume (RM 280)
  3. Baju Sutera (sponsored by mom)
  4. Sirih Junjung
  5. Bunga
Other preparation
  1. Photographer (RM380.00)
  2. Printed Yasin (RM250.00)
  3. Gift for tetamu (sponsored by my first sister, Shela)
  4. Goodies bag (sponsored by my third sister, Syuhada)
  5. Baju tunang (RM600.00)
  6. Makan-makan (RM1000.00)
  7. Tudung tunang (RM100.00)
Mahal gila baju tunang mak! So total expanses for E-day approximately RM5169. Baru bertunang, kahwin nanti mesti lagi mahal. lepas ni kena ikat perut sebab nak kurus and sbb nak simpan duit!

sneak preview of my baju tunang ;))


Foot Note : kepada yang bakal berkahwin, dont worry too much, rezeki orang nak kahwin pasti ada. Jangan khuatir ;)