Friday, 21 September 2012

TIKL Babes

I dulu student TIKL (Technical Institue of Kuala Lumpur aka Sekolah Menengah Teknik Cheras) untuk form  4 & 5. So duduk asrama la. Tapi tiap minggu or once in every two weeks harus la balik rumah, dekat kan. Kalau tak balik pon my dad/mom akan datang tuk bagi food. Sekolah tuh akan jadi macam tempat piknik setiap minggu penuh je dengan kereta parents. Tapi kadang-kadang kesian tgk sapa yg parent duduk jauh. So kita kawan-kawan yg kaya dengan home mase food ni harus share sama-sama dengan yang lain. baru seronok. bila teringat semua tuh balik rasa rindu sangat dengan kehidupan berasrama, rindduuuu sangat. luckily i still contacts with my tikl babes. Even dah kahwin i still keluar dengan dorang, pergi shopping & makan-makan *ini activity wajib* syukur sangat Mr S pon boleh masuk dengan diorang & siap boleh gurau-gurau lagi. so raya lepas pergi gathering kat rumah Dila (dia the only MPP kat TIKL yg cool. yg lain semua hampeh time batch i)

they came to my place for hari raya

rumah adila, sangat cantik n besar :)

us, sila abaikan makcik nia emelda

si gemuk aka me, bersama tuan rumah

bersama wawa

tuan rumah kene amik pix kami. lol!

us ^.^

us again ^.^

sambung melepak di Dr Cafe, 

eh-eh boyfren pon ada, well dia buat suprise. tibe-tiba datang kat Dr Cafe,
kata ada concreting kat site. Tapi tibe-tibe ada kat Dr Cafe, memang terkejut, dari lemau jadi segar.
Sesegar mint. Sweet sangat naseb tak bawak bunga kalau tak ada yang melompat lompat kat sana.

much love,
sarina saleh

Tuesday, 18 September 2012

Kegemukkan

I kahwin 29/6/12 time tuh berat 54kg. Now after 3 months of marriage, berat i naik jd 58. What an achievement. Bangga mak nok. Naseb bukan naik sensorang. Naik berdua, bila Mr S pon naik berat badan, takkan lah i nak maintain kurus. Tak bestla sorang gemuk sorang kurus kan. *lame reason*

Tapi arini memang epic!

Sebab terlalu gemuk, butang baju kemeja I tercabut, dah la kat tempat censored. naseb i perasan time bangun tidur dekat surau office. Tak sangka lansung sbb gemuk, butang baju pon boleh melantun. Memang mantap sgt badan ni. Naseb pakai shawl, boleh cover bahagian chest. haih la Sarina, kesian sgt baju-baju yang kau ada. Semua dah tak muat, sendat dan ketat.


see the difference.
kejayaan menambah 4 kilos telah terbukti
~.~

ikhlas dari si gemuk,
sarina

Monday, 17 September 2012

My life

I know how to manage my money
So no need to sebuk or interfere with my life
Im a woman with a good pay
*Alhamdulillah*
Not to forget my side income
So why nak masuk campur with my life
Pergi tepi la sebuk!
I never asked any duit saku/ duit raya from my hubby or duit bulan
Bcoz i hv my own money
So jgn sebuk psl rumah tangga org sedangkan kain sendiri yg rabak

Wednesday, 12 September 2012

Happy Birthday Darling

Yeay ith his 25th birthday. Dah quarter of century. Since its a special day, so kena la plan baikkkk punya (Dafi AF's tagline).
 For his birthday ina belikan kasut sbbnya kasut tunang hantaran kene curi a day before majlis nikah kami *sobsobsob!* nak tak nak ina belikan juga kasut sbb Mr S pergi shopping kat Pavilion pakai selipar jepun je. hishhhh,,,, mak glamer-glamer, dia pula pakai selipar. tak boleh jadi. so belikan kasut. Ni advance birthday present. Belikan awal sbb every week we all busy dengan wedding and open house. this one no suprise at all sebab beli sama-sama.


For the special dinner, ina planned betul-betul even sehari awal sbb birthday Mr S jatuh on Monday. Normally bila Monday Mr S balik lambat sbb busy with concreting. So terpaksa celebrate on Sunday.
I didn't tell him where is the resto sebab suprise kan. So suruh dia duduk diam-diam pejam mata and tadaaaaaaaaaaaa.
Here we are!!! @ Little White Cafe.
We had a dinner set for our romantic dinner * i know angah mesti muntah baca ni*

Penat dah menaip so meh tgk pix saja :)


Birthday Boy
*Boy ker?* 
Mr and Mrs S

english style

bagi bunga kedai. chet.

starter

soup of the day

breast grilled chichken

lamb shank

pavlova 
*lagi sedap dr delicious*

red velvet cheesecake

us again
the owner called us as "sweet couple"
nice sangat view dia 

Mrs S
Total damage for the special dinner is RM150 but for me the price is quite ok since we have a full set of meal. Starter, soup, main course, dessert, coffe and sparkling juice.
Let say pergi makan dekat tempat lain mau dekat 200++.
what i can say i the embience and hospitality provided superb!

paling best tgk muka Mr S happy ^.^






Sunday, 2 September 2012

Comisyen sebagai agent MAA TAKAFUL

Nafsu perempuan mmg pd shopping, tp kalau nak mengharap duit gaji jerr...
Alamak....memang cukup-cukup tuk simpan sikit, bayar kereta myvi tersayang, beri parents (ini wajib,walau sikit), bayar ptptn & bil maxis yg mahal giler tuh and beli sikit groceries.
Haaaaaa abes, cam mana dgn nak shopping barang2 extra mcm handbag, perfume, make up baju dll?
Naseb ina ni agent MAA TAKAFUL, so dgn duit comisyen ni la ina pergi shopping ^.^
Alhamdulillah ALLAH lorongkan hati ina nak belajar psl investment ni dan akhirnya ina yg puas hati sbb in the middle of the month, ina boleh bershopping without usik duit gaji :)

So bulan ni,
Ina shopping apa yer?

A. 1 palette lipstick brand INGLOT.
Murah je 1 color rm24, ina beli 3 color. So rm24x3 = rm72 and the palette casing just rm35. Total rm107 ^.^
dpt 3 color, bila2 color da abes or nak tmbah color collection just beli dia punya isi color je. Ini hasil komisyen MAA TAKAFUL ;)

B. beli hadiah org kahwin. Well ada client yg kahwin tambah2 pulak dia classmate time degree so harusla belikan adiah kahwin. Lgpon dia byk tlg time ina masters jd harusla bg something for his wedding (hadiah kpd kawan xkisah murah atau mahal yg penting keikhlasan hati kita taw kawan2). Ina belikan bekas tuk buh garnish bila kita buat laksa. Cm bawang, cili, telur rebus. Haa sesuai tuk org dtg. Beli yg weathered glass so thn lama sikit. Lg duit dr MAA TAKAFUL :)

3. Beli emas ^.^ dulu time ina umor 20 thn, mak belikan ina rantai. Unfortunately, rantai tuh dah terputus lepas gurau-gurau dgn anak buah Mr S :P
So, td pergi trade in rantai yg putus dekat poh kong n then tmbh sikit dgn comisyen MAA TAKAFUL+ MAS KAHWIN. So dpt la rantai baru. Rantai ni mak yg pilihkan pulak :)) tq MAA TAKAFUL!

4. Beli baju batik. Wahh sejak bila suka pakai baju batik ni? Sejak mula kerja kat MDEC. Mak jd particular ina pakai baju apa,(even as a temporary staff) maybe sbb kerja mdec byk related dgn company angah. So mak tak nak ina malukan angah pula since angah senior in her company. So td beli la batik, harga asal around rm500 tp after mak tawar2 n mak pon beli 2 helai lagi. So dpt la jd rm420. Plus kitorang regular customer kat situ. And again TQSM to MAA TAKAFUL for the comisyen! *even beli batik ni guna mak punya comisyen, hahaha*

P/s: pix emas xley tunjuk bahaya plus emas nye seto'eeett sgt ^.^


lipstick macam-macam color

gmbr emas x boleh tunjuk ^.^

puas hati

Wednesday, 29 August 2012

2 bulan

Hari ni 29/8/12 genap 2 bulan jadi isteri to someone. Alhamdulillah.
Syukur pd Allah swt kerana mengurniakan sy seseorang yg boleh fit dengan perangai sy yg tidak penyabar dan terburu-buru.
*Allah maha mengetahui bukan?*

Bila org tanya kahwin cam mana? Best? *what a question laaa*
mestila jawapan dia BEST GILERRR tp dlm best tu ada byk bende yg tersembunyi.

Setelah berkahwin byk tanggungjawab taw, tanggungjawab kt suami, mertua n family sendiri.

Selama ni semua mak ayah kakak abang dan kawan-kawan settle kan. since dah kawen, semua kene settle sendiri.

Paling tak sangka, ina boleh sediakan baju stokin untuk suami pagi-pagi,
 *walaupun kak mar yg gosokkan baju2 Mr S, kihkihkih*

makan minum suami tuh dah bolehla uruskan sbb memang gilir-gilir masak dengan mak
*tapi kadang-kadang suami kene tolong lap meja and cuci pinggan mangkuk*

Mr S pon still in learning process, ina selalu gak kene tegur pasal aurat. Haha. tapi Mr S slowly tegur tak dela drastically kene berubah.

Alhamdulillah buat masa ni Mr S masih seperti dirinya macam waktu bercinta dulu. Tapi ni baru 2 bulan, kalau 2 tahun mungkin ada perubahan nanti tapi harap-harapnya perubahan ke arah kebaikan.

tapi i still remember what my aunt told me,
"5 tahun pertama perkahwinan adalah masa mengenali hati budi pasangan yang sebenar-benarnya. kalau boleh survive the first five years, Insyallah perkahwinan tu akan kekal sampai ke akhir hayat."

My sisters boleh survive the first 5 years, so do i. Insyallah :)

semalam 
29.8.2012
pergi celebrate 2 months anniversary
*makin gemuk sbb makan dessert pukul 10 malam*




Wednesday, 15 August 2012

Perginya sahabatku di bulan RAMADHAN

Bangun pagi-pagi,
Bukak whatapps,
Tengok huda text and informed fitri dah tak ada,
Sapa fitri?

Fitri is someone that close to me. Boleh cakap macam best friend time uitm dulu.
Dia amik QS sementara aku study civil engineering.
Boleh katakan sem 1-5 kami selalu kuar sama,
Aku,huda,hani,fatin,pijan,bal dan dia akan kuar sama makan kt seksyen 2,
Birthday kitorang mesti celebrate sama-sama,
Paling tak boleh lupa,
Time nak buka puasa,
Kitorg tertinggal bus terakhir nak kuaar dari uitm,
Berlari-lari smue nak kejar bus last-last buka dalam bus tuh,

Waktu dulu,
Time ak gaduh dgn ex aku,
Kau selalu bawak ak keluar dgn kereta triton kau,
Kdg2 kita keluar beramai-ramai,
Kdg2 kita berdua,
Tiap kali makan mesti kau bayar.
Berapa kali je ak bayar.

Ak ingat lagi,
Kau aku pijan dan bal pergi buka bersama,
Abes buka,
Kau bg helmet pijan suruh ak pakai,
Aku pakai walaupun kita nak naik kereta,
Rupa-rupanya kau suruh ak duduk belakang triton,
Korang buli ak, satu pusat komersial pandang aku pelik,
Sebab ak duduk belakang triton smbil pakai helmet.
Haram betul perangai korang!
;p

Dan fit,
Lepas kita kerja boleh kata kita tak jumpa lansung,
Cuma selalu ym sahaja,
Tapi bila hari bahagia aku,
Kau muncul bawa pasangan kau.
Kau kata dia bakal isteri kau,
Aku senyum disisi suami ku dan kau kelihatan bahagia,
Tapi kini,
Kau dah tiada.

Kau pergi 2 hari sebelum syawal tiba,
Kau pergi secara tiba-tiba,
Tapi alhamdulillah rezeki aku untuk tengok kau buat kali terakhir ada.

Kau kelihatan tenang tadi,
Muka kau handsome cerah seperti biasa,
Dan kau jangan risau,
Teman wanita kau nampak redha dgn segalanya,
Insyallah dia kuat.

Fitri,
Terima kasih untuk segalanya.
Kenangan kita sebagai sahabat takkan aku lupakan.

Semoga kau aman disana,
Doaku mengiringi dirimu.
AlFatihah.