Thursday, 27 December 2012

Adab suami isteri


Haiya,

Buka FB pagi td tengok ada married couple buat pix French kiss as diorang punya profile pix. Memang dah sah, tp….

Yang wife pakai tudung, pulak tuh L

Buka instagram, tengok ada lg satu married couple, amik pix hubby dia just pakai towel and dia pkai baju yg agak kurang sempurna atas katil. And then upload.

Ladies and gentlemen, perlu ke upload gambar kiss, atas katil dan yang seantero dengannya.

Cuba kalau mak mertua, pak mertua or even our parents tgk. Xmalu ke?

Maybe keluarga dorang jenis urban kot. But still ada adab-adab suami isteri depan khalayak.

And tak takut ker orang salah guna all those pix?

Amik la pix dengan muka horny corny kau, nnt orang super imposed baru tau malu.

Apa-apa pon berfikir la sebelum upload. Jgn main upload je pastu da kene kutuk naik marah.

Kalau tak tahu adab suami isteri dikhalayak ramai, gi cari kat youtube ceramah UAI. 

p/s: just a reminder to myself

Tuesday, 25 December 2012

Retirement: 2043


Dekat office taka da kerja sangat, so I’m browsing my staff profile. Alih-alih ada DATE OF RETIREMENT.

Ouh noooooooo L

Date of retirement: 16/11/2043.

 Lagi 30 years. OMG, mampu ker. Time tuh dah umor 56. Anak dah umur 26. Amana time tuh dah almost 30 something. Ouh I sound like an old women. Tak sanggup nak bekerja sampai umur 56. Unless I still enjoyed at my work place, responsibilities and what so ever.

My plan is to retire bila umur 40-an. Like my mom, tapi tak nak la duduk rumah jd full time housewife. I nak doing something as a freelance. Maybe macam my mom, buat insurance as side income. Pastu pergi jalan-jalan sana sini. 


Syiokkkk nyeeee.

Tapi, sekarang ni I tak nampak lagi apa patut I buat. I memang buat insurance but for now I on hold dulu since I preggy, and busy with marriage life and thesis.

Whatever it is, my mom cakap. Kalau nak retire umur 40, mesti ada at least 150k dlm account. Tapi makkkkk, mana nak cekau 150k tuh?

I wish I can dig any of the harta karun dalam dunia ni.


Tuesday, 4 December 2012

Ragam ketika mengandung


Alhamdulillah setakat ni tak ada mengidam apa-apa, tak ada la teringin pelik-pelik. Cuma ada lah beberapa pekara yang jadi habit time pregnant ni.

1.       Morning sickness
-boleh di consider dalam category teruk sebab sentiasa nak muntah, tak kira masa. Sampai dehydrated, kadang-kadang lemah macam kene keracunan makanan. Pukul 3 or 4 pagi pon still muntah2.
2.       Kegagalan mengawal pundi
-bila muntah kadang2 sampai terkucil-kucil. Tak tahu la orang lain macam ni ke tak tp memang kene bawa extra panties pergi mana-mana. Ada sekali ni kat parking office muntah teruk sampai terkucil, extra panties pula tak bawak, patah balik rumah terus MC. Baru tau betapa sukar jadi ibu. Sometimes bila tgk member2 relax je time preggy rasa jeles, tp yela bahagian masing-masing. Kena pasrah dan redha n piker banyak pahala boleh kutip time mengandung ni.
3.       Durian
-haih bau durian, pix durian, durian crepe ke, durian tempura ke. Semua tak boleh, tengok pon dah rasa loya. Padahal, dulu boleh dicategorykan sebagai hantu durian. Senang citer apa yang I suka bukan lagi menjadi kesukaan terus fall dlm category kebencian.
4.       Bau suami
-memang tak boleh bau Mr S, rasa pening saja. Padahal suami baru masuk bilik, da rasa rimas dengan bau dia. Bukan busuk pon tapi memang tak boleh. Tp rasa nya ni normal, sbb ramai kawan pon mengalami bende yang sama.
5.       Tidur tak lena
-setiap malam tidur tak lena, ada je mimpi, bukan tak baca doa. 3 Qul, al-fatihah, mengucap dua kalimah syahadah, selawat semua baca tp tak tahu kenapa tidur still tak lena. Pukul 4 / 5 mesti terjaga, smpi pukul 6.30pagi baru terlena balik. Tak tahu la macam mana nak bertahan sampai akhir nnt.
6.       Masak
-memang tak masak lansung time preggy, naseb tinggal dengan mak. Sometimes bila mak masak, tak tahan bau nyorok duduk kat depan. Kesian mak, tp Alhamdulillah mak sgt memahami. Begitu juga family in law.
7.       Berjalan jauh
-yang ni memang pasti, tak boleh jalan jauh. Nnt bila balik surely muntah-muntah, letih, badan sakit, perut mengeras. Padahal baru 15 minggu. Kalau pergi pavi tuh pon rasa macam dah jauh gila. Rasa macam nak pitam je, bila jalan dalam mall. Jalan sikit kena duduk, kesian Mr S, nasib dia penyabar. Haha kalau tak sabar pon terpaksa juga sabar. J

Tuhla serba sedikit perangai tak semenggah time preggy, harapnya anak ni bila keluar menjadi anak yang soleh/solehah dan memahami. Amin.

Monday, 26 November 2012

Tak setuju

Saya sama sekali tak setuju dengan pandangan penulis ni. Ye memang tak salah, suami kahwin lain dr ada affair. Tp setiap isteri, tak pernah nak suami kahwin lain. Especially isteri yg susah senang bersama suami dr awal dan bila dah senang, nak cari lain. Senang nya orang belum berkahwin ini berkata-kata, mereka tak pernah tahu apa perasan seorang isteri terutama isteri pertama. Betapa isteri pertama sanggup senang susah bersama suami. Sanggup kerah tenaga siang malam, tp kesudahannya dimadukan. Mungkin orang cakap sy anti poligami, tp bagi sy kalau ayah dan mak sy boleh bersama tanpa ada org ke 2,3,4. Pasti saya mengharapkan yang sama dr sang suami.

Tuesday, 20 November 2012

We did it!


there you go!

Alhamdulillah sekarang dah 13 minggu pregnant. Diam tak diam dah 3 months. Lepas dah first trimester. Selama 3 months ni la, hari-hari muntah, especially time week 8-10. Sangat horrible, muntah loya tak kira masa. Sampai lembik lembik badan, tapi bila kat office, walaupun sentiasa muntah masih boleh buat kerja. Alhamdulillah. Tapi paling teruk bila muntah akan terkucil sekali. Ada sekali ni muntah kat carpark office, sampai kena baju. So terus ambil MC. Paling syukur, Mr S pon melayan je. Kalau muntah pukul 3-4 pagi, Mr S akan bangun sekali  and tolong urut, bagi makan untuk alas perut. Sejak pregnant ni kerja rumah buat sikit-sikit jer, yang lain semua hantar pi dobi. Malas nak penatkan badan sidai baju, lipat baju lagipon musim hujan. Masak lansung tak, tak tahu kenapa. Maybe sebab tinggal dengan mak, balik je mak da siap masak.

Semalam, pergi monthly check up dengan mak (Mr S tak boleh cuti sebab kami baru balik Korea). Alhamdulillah, baby sehat walaupun I lost 2 kilos. Baby membesar and the best part, baby tak reti duduk diam. Sampai Dr nak snap pix pon tgn dia gerak-gerak. Menarik sangat bila tgk dis lil tot da ada kepala, hidung, mulut,very tiny hand. Mak sampai mengalir air mata bila tgk baby active.

Kuar je consultation room, mak cakap “Habesla mak, ada lagi sorang amana tak reti duduk diam”

Tak kisahlah anak perempuan or lelaki, (walaupun arif cakap baby fomfuan), yang penting anak ini menjadi anak yg soleh/solehah, yang menjadi kebanggan agama. Ameen.

Tips to Korea (special for Ibu Mengandung)


Last week pergi Korea for a week (end of autumn season). Konon celebrate my birthday dekat sana tp bila touch down je kat LCCT, amik kau terus masuk hospital sebab dyhydrated. All the way from Korea-LCCT, asyik muntah je. Every 30 mins mesti muntah, sampai Flight Attandance pon tanya ok ke. Paper Bag muntah siap kene request extra lg kat FA. Dekat 7-8 paper bag muntah la guna. Paling best muntah yang rasa acid, yg tarik dari dlm perut. Erkkkkkkk. Sakit tau tak!
So buat ibu-ibu mengandung yang nak travel pergi Korea, yang agak-agak perut boleh makan makanan Melayu only sila ikut tips-tips berikut:

1.       Bawa makanan kering
-          Serunding, sambal kering (tak perlu risau pasal nasi sbb kat sana ada instant rice. Just masukkan dalam microwave for 2 minutes. Price dalam 1000 won)
Instant Rice
2.       Roti,Kaya, Butter, Jem
-          Kat sana tak roti cam gardenia semua kene beli kat kedai pastry macam dekat Tous Les Jours. So kalau ada butter and kaya lg sedap la. Kat kedai pastry pon tuna sandwich dorang mesti ada bacon. Mostly pork la kan.
kedai pastri yg famous kat sana. Byk juga pastri dia yg guna pork.

3.       Bawak bag muntah
-          Ini sangat penting especially kalau pergi yang jenis free and easy. Kalau ikot tour biasanya makan terjaga. Everyday saya berjalan, naik subway, pusing sana sini mesti muntah. Turun subway muntah, jalan shopping muntah. Dalam bus muntah so bila ada bag muntah memang selamatlah. Bag muntah ni boleh beli kat mana-mana cawangan Daiso.
4.       Hot Pack
-          Hot pack memang bagus, especially kalau pergi time winter/autumn. Sambil jalan-jalan boleh hold hot pack. At least u tak gigil. Hot pack pon beli dekat Daiso sudah.
5.       Lipice/Lipbalm/Baby oil
-          Lipbalm sangat penting sbb too cold kulit kering nnt bibir merekah. Make sure bawak je anywhere dlm bag. Before keluar lumur satu badan dengan baby oil. Kalau tak kulit kering yang amat.
6.       Long John
-          Harus pakai long john dlm jeans kalau cuaca extreme sgt. At least warm sikit, dan selesa.
7.       Kasut
-          Pakai la flat shoes or sport shoes. Orang sana boleh pakai ballerina dengan legging tp untuk kita orang Malaysia yg tak biasa ni, prefer pkai full covered shoes. Lagipon sana banyak sangat berjalan.
8.       Makanan Halal
-          Before pergi survey la kedai2 makanan halal, normally makanan halal ada dekat itaewon. Tapi itaewon jauh dari myondong or namdaemun. Paling best, skrg ada kedai melayu Indonesia dekat itaewon.Agak-agak tekak melayu pergi la kat sana. Kalau pergi shopping dekat namdaemun ada stall kecik jual kebab halal. So kalau duduk dekat myeondong pon boleh jalan kaki je kalau nak makan kebab kat namdaemun.



 That’s all for now. Kalau ada tips-tips lagi nanti kita update. 

Wednesday, 14 November 2012

Baby marah

Tiap hari kat korea ni, baby mengamuk. Asyik muntah-muntah.
Sbb banyak jln tp makan tak dapat. Sehari berjalan dkt 1-2 km tp tang mkn just mee maggi,or nasi seciput dgn serunding. Xpon roti n coffee.
So tiap mlm baby meragam muntahkan semuanya balik.
Kesian dia tp bersabar ye sayang. Balik malaysia kita makan semua bende.
Maafkan mama sbb gagal beri sayang makan secukupnya...