Alhamdulillah,
Lahir juga Baby G pada 21 Mei 2013, tepat jam 5.23pm dengan berat 3.5kg. Tak sangka baby yang ada asyik menguit-guit dalam perut akhir keluar dengan sempurna, sihat. Allahuakbar.
Macam mana tahu nak bersalin? Emmm, dari hari ahad 19/5/2013 dah rasa perut mengeras kejap kejap. Bila malam lagi kuat, last-last google "kenapa perut mengandung keras" and google bagitahu itu adalah "contraction". baru tahu, pestime katekan. So esok paginya pergi an-nur, and doc ckp tgk dulu ada bukaan ke tak. Sat gi ada bukaan 2cm. So kena warded. Tp smpi petang bukaan still 2cm, doc ckp tunggu esok, kalau bukaan tak ada progress doc pecahkan air ketuban. Hehe, malam tuh Mr S pergi pasar malam belikan tongkeng ayam, rangka ayam goreng and yong taw fu sbb takut isteri dia ni kempunan time pantang. Food galore la malam isnin tuh. Esoknya doc tgk bukaan baru 4cm so doc ckp dia pecahkan air ketuban. Dlm pukul 2.30pm dr pecahkan, around 4.45 bukaan da 10cm. Naseb doc advise amik epidural awal-awal, kalau takut sakit. So amik jela, tp time cucuk utk epidural tuh sakit jugak tp bila tgk muka suami yang sayu terus kuatkan semangat. Lepas amik epidural mula rasa loya pulak n badan gatal. Doc ckp maybe allergy ngan ada satu ubat tu. tp boleh kawtim lagi. Time tgh nak contraction tuh boleh pulak nurse tuh nak luahkan prob dia kat kita yang tgh nak meneran. Bukan tak nak dengar tp ni pestime nak bersalin! Tak mampu nak dgr masalah org time2 getir. Dlm labor room tuh jugak tepon mak, suro mak doa. Tak lama lepas tuh terus baby keluar. Sedor-sedor baby dah ada atas perott! Dan alhamdulillah tak rasa sakit meneran dan rasa doc jahit pon mcm kena gigit semut. Syukur mungkin berkat doa Mr S and mak ayah dan kakak abang.
Tapi one thing, memang tak mampu rasanya nak bersalin sorang-sorang kalau mr S tak ada kat sisi. Seriously! Ada suami bagi semangat baru la ada kekuatan nak push walaupun semputtttt. Haha. Paling best time push tuh suami cakap ok nnt boleh mintak hadiah lepas pantang. Yebaaaaaa!
Malam tuh jugak famly in law n my famly n best fren nadia ali dtg melawat. Rasa disayangi sangat! Tp malam tuh sbb degil nak mandi juga akhirnya pitam dalam toilet. hehe naseb time mandi tuh mr S ada kalau tak pitam la sekor-sekor.
Kalau nak tahu berapa total cost bersalin kat Annur is 4,700 kot termasuk sunat baby, warded 3 hari, epidural n vacum sekali. Bilik sorang.
And dr khamsiah memang terbaik before keluar hospital dia siap kiss lagi cakap "tahniah mama, semoga jadi ibu yang solehah"
Sekian!