Wednesday 12 February 2014

DIY: Wall

Previous entry dah story pasal wall yang boring tuh. So, i went to Daiso Mines and grab few things that i could use to deco my plain boring wall. Mungkin tak cantik tapi at least it makes my wall lively.
*at least from my eyes la
i bought those words dekat TyPO KLCC. murah jer satu rm10 :)

Kita tengok before and after.

Before

After


One of my collegues cakap nanti rumah berhabuk je macam ni. Hehehe. Tapi tak kisah sbb i ada kak mar untuk tolong bersihkan.

Till next updates,

Love, 
Sarina

Wednesday 5 February 2014

DIY mood: ON!

Tiba-tiba rasa bosan dengan rumah sendiri. Sebab semua perabut dinding kaler putih. I need more color in my house. So pi Tanya Dr Google, haaaa melambak kau DIY ideas. Sampai nak buntang mata. Takpa, kita mula secara kecil-kecilan. Nak DIY ni jangan main-main. Kang habes cat rumah tertanggal tak pasal nak kena cat semula. 

Untuk permulaan, kita Tanya Mr.S boleh tak kita nak buat DIY Project dekat hall kecik atas. Mr. S bagi GREEN LIGHT,,,,, apa lagi J

Start with little things. Ingat nak start with the wall dulu. Teheee.


Tanya Dr Google, so berkenan dengan design bawah ni.

www.casasugar.com


www.brit.com

www.twopeasandtheirpod.com 

Since gambar from instax camera banyak. So i'm going to hang it on my wall. Just wait and see before and after result 

Love,
Sarina

Monday 3 February 2014

Tips Perkahwinan: Beli Rumah

          


Yup, saya paham masalah kahwin muda. Kahwin sama baya pulak. Lepas kerja setahun terus kahwin. Itu saya. Simpanan pon nan hadorrr. Memang seksa tapi benda ni parent kita pon lalui juga. So what the heckkkk!

Saya bagi sedikit tips, mungkin tak tersusun tapi boleh gunakan sebagai panduan.

Anda nak beli rumah. Duit yang ada cukup-cukup untuk booking je?

Bayar 10% tak mampu? Yela kalau 10% from 370k, mana nak cekau rm37K?

Cari pemaju yang bagi option untuk pembayaran 10% ni.

Macam saya, harga rumah RM378K, so ada diskaun 7% as bumi. Balance ada lagi 3%, pemaju bagi lagi discount 1% sbb “early bird buyer”. So balance saya cuma bayar around 3% dari harga rumah.

Tapi saya ada dapat rebate lain lagi dari pemaju. So beban untuk down payment dah kurang. Tinggal untuk bayar S&P agreement je.

Bayar lawyer dalam RM7-10K. Ada yang pemaju cover untuk lawyer fees, so pandai-pandai cari pemaju yer kawan-kawan.

Pemaju pon akan introduce bank officer untuk kita apply loan. JANGAN apply satu loan sahaja! Apply banyak-banyak. Dan tengok apa benefits yang bank bagi kat kita seperti lawyer fees, MRTA semua. Ada bank bagi kita 90% pinjaman, ada yang 100%. Semua tuh depends on our commitment.

Lagi satu, make sure payment commitment (contohnya kereta, credit card) kita pon cantik, baru bank senang lulus loan.

Then proceed dengan S&P, settle ni boleh keluarkan duit KWSP dari account 2. YiPPa!

Memang duit KWSP tuh untuk masa tua kita, tapi kalau dah duit tak ada, guna jela resource yang kita ada.

Nak kurangkan beban bulan-bulan? Keluarkan duit KWSP account 2 (mana yang ada balance) untuk monthly payment. Korang boleh google document apa yang KWSP nak untuk buat pembayaran ni. KWSP akan transfer duit kat account korang setiap bulan dan jangan pulak duit tu guna untuk belanja benda lain!

Kena discipline.

Pembayaran bulan-bulan pulak. Ikut progress rumah. Mula-mula 100, makin banyak progress rumah makin banyak la bayaran rumah. Once rumah dah siap baru bayar FULL. Time tuh menangis nak bayar.


T________________________________T

Love,
Sarina




Pandora & Perempuan

Sekarang semua orang gila Pandora ni. Saya tak lah gila tapi sebab birthday harituh tak tahu nak apa, so paw la encik husband. Katenya asal hadiah bawah kemampuan dia.

Tapi ni bukan cerita nya. Tadi teman officemate aka kawan baik kakak saya beli Pandora. Sambil tuh tengokla orang sekeliling. Ternampak pakcik makcik ni. Makcik ni beria cerita ngan laki dia nak beli charms ni beads ni. Yang ni represent anak dia. Ternganga je pakcik tuh. Last-last pakcik tuh cakap, “pilihla, saya bayar”.

YES! Marketing strategy makcik tuh berjaya. Memang perempuan macam ni. Membebel bebel bebel supaya suami dia setuju dengan dia.

Itulah aku.

Ok bye until next update.

Love,

Sarina