Tuesday 22 January 2013

Perbuatan Sengal waktu zaman kanak-kanak


Zaman dulu mana ada ipad, iphone game-game ni. So zaman kanak-kanak nak enjoy kene be creative. Ada ler beberapa benda yang dibuat oleh saya waktu zaman dolu-dolu.

1.       Buat bekam angin

Ingat lagi, waktu kecik-kecik suka buat bende2 experiment ni. Salah satu mangsa experiment time tuh adalah my sister, Angah. I cakap dengan dia jom main bekam angin, guna botol kaca je. Mula2 panaskan mulut botol kaca (guna botol kaca pati ayam brands) dengan lighter. Then tekap kat lengan Angah and bila angah menjerit-jerit sakit panas, I cakap “memang macam tuh. Sabar la nnt naik jd la”. Alih2 yang jadi nya tgn angah I melecur and bertanda sampai sekarang. Kihkihkih. Naseb tak kena marah dengan mak, lgpon sapa suruh angah percayakan saya J

2.       Potong Rambut Sendiri

      Dulu mana ada pergi kedai gunting rambut, so selalu nya my third sister akan potongkan rambut. So ada satu hari ni, my brother and I tinggal berdua. Sat gi dia suggest meh abg potong rambut ina, rupa-rupanya, dia pergi potong side burn yg kat tepi telinga tuh (am I spell it right?). Dah macam lelaki xde side burn, naseb time darjah satu rambut panjang. Pendengki betol.

3.       Rosakkan kereta my mom
      
      I cakap dengan mak, nak isi air kat tank kereta tuh. Nak belajar kononnya, time tuh baru darjah3 @ 4 kot. So mak pon bagi,dah isi, tutup cover engine. Pastu mak ajak pergi pasar malam, sat gi baru half way jalan, kereta berasap teruk. Mak dah mengelabah, so stop kat petrol station. Sampai kat petrol station, bukak cover engine, tgk2 rupaanya tank air tuh tak tutup ketat. Baru mak nak marah, I dah menangis-nangis meraung mintak mahap. Kihkihkih. Mak pon tak jadi marah.

4.       Hilangkan cincin kahwin mak

Kat rumah dulu ada satu lubang kecil kat porch kereta. Lubang tuh xsure lubang apa tp dalam and ada air, kalau masuk tiny thing mmg takkan dapat korek balik. So, pergi amik cincin mak, masukkan dalam lubang semata-mata nak dengan bunyi blub, mcm bunyi kita baling batu dalam air. Hebatkan? Experiment sangat. Mak marah tp time tuh kecik so sengih je.

Actually, banyak lagi bende-bende pelik yang dibuat time kecik. Tp x mampu nak ingat semua. Tak sangka zaman kecik sangat menarik.  Budak zaman sekarang, boring, semua IPad, IPhone. Tak adventure lansung. Tapi one thing la pulak, nanti anak I mesti perangai macam i. Suka explore and rosakkan benda. Hahaha. Bersiap sedia aje lah. Hihi.

Thursday 17 January 2013

Gloomy day



Pergi tak kembali. Kadang-kadang langit tak secerah yang kita impikan. Selalu akan ada awan mendung yang berarak di tengah-tengahnya. Bila tengok kehidupan orang lain, terasa sangat bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku hidup bersama orang yang aku cintai.

Ada beberapa kawan aku, yang kehilangan orang tersayang selama-lamanya ketika mereka bahagia.
Masih ingat saat aku sedang honeymoon di Pulau Tioman, one of my friend texted and informed my ex-tikl schoolmate telah kehilangan suami yang baru dikahwininya selama sebulan lebih. Aku pergi ke majlis resepsi mereka, siap waktu tu aku guna kesempatan untuk mengedar kad kahwin aku. Dan tak sangka selepas sebulan lebih dia bernikah suaminya pulang menghadap Ilahi.

Setahun sebelum itu, kawan baikku kehilangan boyfriend yang di cintai. Sedangkan mereka tgh bercadang hendak bertunang, tp putera hati dia pergi dahulu sebelum sempat mereka ikat tali pertunangan.

Sebulan setelah aku berkahwin, aku kehilangan Fitri, kawan baik time uitm. Orang yang selalu buat aku tersenyum dan selalu belanja aku. Dia pergi seminggu sebelum hari raya, dan masih aku ingat kata-katanya waktu majlis perkahwinanku.

“aku datang ni sebab tak nak kau merajuk, dan aku nak tunjuk bakal tunang aku kat kau”

Tak sangka sebulan kemudian, kau pergi meghadap Ilahi dan bakal tunang kau, menangis teresak-esak sambil memeluk aku. Aduhai.

Tapi kini, setelah beberapa bulan berlalu, aku lihat mereka dah mampu tersenyum walaupun ada kesedihan dalam hati mereka. Mereka bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Sesuatu yang aku rasa sukar untuk aku lakukan. Aku tahu mereka menagis setiap malam sbb ada antara mereka yang akan call aku di tengah malam mengatakan mereka rindu and rasa sunyi. Kadang-kadang tak banyak yang aku bantu Cuma yang boleh aku katakan, banyakkan berdoa dan sedekahkan al-fatihah untuk mereka yang telah pergi.

Dan bagi kita yang masih berpeluang untuk bersama suami, ibu bapa dan keluarga hargailah masa yang masih ada. Dan sentiasa beringat dalam hidup ni, tak semua benda akan kekal dengan kita, satu hari nanti pasti ada yang akan pergi selama-lamanya termasuk kita.

Thursday 3 January 2013

Ujian Pertama 2013


Masuk je tahun 2013, terus ada ujian untuk kami. Kereta Mr S rosak, so what kan? Normalla tuh, selalunya tak susah hati sangat sebab kereta abang ada. Tapi kali ni kereta abang pon amsuk bengkel, tinggal kereta mak je. Urghhh, i’ve to go to work too. Mr S pulak x boleh hantar I pergi kerja, sebab dia baru tukar site so dia pergi kerja pukul 6.15 pagi to avoid traffic jam. Sangat awal!

First day, I pergi kerja Mr S hantar, balik my bestie Riena amik. (thank u so much Riena!)

Second day, I on leave sbb pergi Shah Alam jumpe Supervisor and suddenly my sister yang tgh pantang tuh cakap.

“Pergi amik kereta Ada, tp dah lama tak start tau.Ada dekat sebulan”

Yes, Alhamdulillah pucuk di cita ulam mendatang, malam tuh juga la pergi amik kereta dia dengan Mr S kat Cheras. Tp time nak start kereta my sister tibe-tibe enjin tak boleh start. Kitorang pon taka da jumper. Dah satu hal mencari jumper, naseb my hubby kata kita pergi la Petronas, cari jumper. Time tuh da pukul 11 malam. Petronas pertama x ada jumper, 2nd petronas baru ada. Baru tahu harga jumper RM50.

At last kereta my sister boleh start! Alhamdulillah.

Bila fikir-fikir balik, nasib kereta rosak time tengah ada duit cuba kalau tengah tak ada duit. Lagi parah. Mesti ada gado kalau taka da duit. Syukur sangat kami dapat lalui ujian kecil ni ngan sabar & tenang!

Tapi next week keta I pulak nak kena masuk workshop, service pula!  =.=

Mr S aka mechanic for the day

MyVI bagi electrical shock dekat ATOS

P/s: orang cakap kalau ada macam2 ujian lepas tu mesti ada rezeki nak masukkan J