Sunday 30 December 2012

Selamat tinggal 2012


Lagi beberapa jam sahaja 2012 akan meninggalkan kita. So semua orang start bercerita pasal azam baru, azam lepas dah tercapai ke belum. But frankly speaking, tak ingat lansung apa azam 2012.

*Nampak sangat manusia tanpa cita-cita*

Tapi yang pasti nya, satu pekara dalam 2012 masih belum tercapai isitu menghabiskan Master in Civil Engineering. Kuikui. Tak apalah, tahun 2013, azam nya nak abiskan master by April 2013. In sha Allah

Tapi sebelum cerita pasal azam 2013, moh flash back apa yang dah terjadi dalam kehidupan Sarina Saleh sepanjang 2012.
  1.  Berjaya membeli rumah dengan bantuan emak sebelum kahwin :p
  2.  Berkahwin dgn Mr S pada 29 Jun 2012
  3.  Dapat kerja baru setelah sebulan berkahwin, kerja dengan agensi kerajaan. (Mr S pon dapat kerja baru before kahwin)
  4. Disahkan mengandung pada September 2012. *mummy to be*
  5. Bercuti ke Pulau Tioman & Korea\
  6. Paling tak best,, TIDAH BERJAYA menyudahkan dissertation pada 2012. So yang ni kena carry forward to 2013.

Untuk 2013, azam nya
  1.  Jadi isteri, anak & menantu yang lebih solehah
  2. Siapkan master by April 2013 & Graduate
  3.  Dapat breast feed anak yang bakal lahir nanti
  4.  Bekerja dengan lebih ikhlas & sepenuh hati
  5.  Dapat penuhkan rumah baru dengan perabot & barang keperluan yang lain (by June)
  6. Dapat buat dapur untuk rumah baru (by December)
  7. Pergi bercuti dengan bayi yang bakal dilahirkan  

Haha, simple je azam. Tapi dalam banyak-banyak azam yang no 2 tuh paling susah. Hehe. Kene mintak tolong Mr S siapkan thesis. Kuikui. Berdoalah semuanya berjalan lancar.

Love,
Ms Sarina

Thursday 27 December 2012

Adab suami isteri


Haiya,

Buka FB pagi td tengok ada married couple buat pix French kiss as diorang punya profile pix. Memang dah sah, tp….

Yang wife pakai tudung, pulak tuh L

Buka instagram, tengok ada lg satu married couple, amik pix hubby dia just pakai towel and dia pkai baju yg agak kurang sempurna atas katil. And then upload.

Ladies and gentlemen, perlu ke upload gambar kiss, atas katil dan yang seantero dengannya.

Cuba kalau mak mertua, pak mertua or even our parents tgk. Xmalu ke?

Maybe keluarga dorang jenis urban kot. But still ada adab-adab suami isteri depan khalayak.

And tak takut ker orang salah guna all those pix?

Amik la pix dengan muka horny corny kau, nnt orang super imposed baru tau malu.

Apa-apa pon berfikir la sebelum upload. Jgn main upload je pastu da kene kutuk naik marah.

Kalau tak tahu adab suami isteri dikhalayak ramai, gi cari kat youtube ceramah UAI. 

p/s: just a reminder to myself

Tuesday 25 December 2012

Retirement: 2043


Dekat office taka da kerja sangat, so I’m browsing my staff profile. Alih-alih ada DATE OF RETIREMENT.

Ouh noooooooo L

Date of retirement: 16/11/2043.

 Lagi 30 years. OMG, mampu ker. Time tuh dah umor 56. Anak dah umur 26. Amana time tuh dah almost 30 something. Ouh I sound like an old women. Tak sanggup nak bekerja sampai umur 56. Unless I still enjoyed at my work place, responsibilities and what so ever.

My plan is to retire bila umur 40-an. Like my mom, tapi tak nak la duduk rumah jd full time housewife. I nak doing something as a freelance. Maybe macam my mom, buat insurance as side income. Pastu pergi jalan-jalan sana sini. 


Syiokkkk nyeeee.

Tapi, sekarang ni I tak nampak lagi apa patut I buat. I memang buat insurance but for now I on hold dulu since I preggy, and busy with marriage life and thesis.

Whatever it is, my mom cakap. Kalau nak retire umur 40, mesti ada at least 150k dlm account. Tapi makkkkk, mana nak cekau 150k tuh?

I wish I can dig any of the harta karun dalam dunia ni.


Tuesday 4 December 2012

Ragam ketika mengandung


Alhamdulillah setakat ni tak ada mengidam apa-apa, tak ada la teringin pelik-pelik. Cuma ada lah beberapa pekara yang jadi habit time pregnant ni.

1.       Morning sickness
-boleh di consider dalam category teruk sebab sentiasa nak muntah, tak kira masa. Sampai dehydrated, kadang-kadang lemah macam kene keracunan makanan. Pukul 3 or 4 pagi pon still muntah2.
2.       Kegagalan mengawal pundi
-bila muntah kadang2 sampai terkucil-kucil. Tak tahu la orang lain macam ni ke tak tp memang kene bawa extra panties pergi mana-mana. Ada sekali ni kat parking office muntah teruk sampai terkucil, extra panties pula tak bawak, patah balik rumah terus MC. Baru tau betapa sukar jadi ibu. Sometimes bila tgk member2 relax je time preggy rasa jeles, tp yela bahagian masing-masing. Kena pasrah dan redha n piker banyak pahala boleh kutip time mengandung ni.
3.       Durian
-haih bau durian, pix durian, durian crepe ke, durian tempura ke. Semua tak boleh, tengok pon dah rasa loya. Padahal, dulu boleh dicategorykan sebagai hantu durian. Senang citer apa yang I suka bukan lagi menjadi kesukaan terus fall dlm category kebencian.
4.       Bau suami
-memang tak boleh bau Mr S, rasa pening saja. Padahal suami baru masuk bilik, da rasa rimas dengan bau dia. Bukan busuk pon tapi memang tak boleh. Tp rasa nya ni normal, sbb ramai kawan pon mengalami bende yang sama.
5.       Tidur tak lena
-setiap malam tidur tak lena, ada je mimpi, bukan tak baca doa. 3 Qul, al-fatihah, mengucap dua kalimah syahadah, selawat semua baca tp tak tahu kenapa tidur still tak lena. Pukul 4 / 5 mesti terjaga, smpi pukul 6.30pagi baru terlena balik. Tak tahu la macam mana nak bertahan sampai akhir nnt.
6.       Masak
-memang tak masak lansung time preggy, naseb tinggal dengan mak. Sometimes bila mak masak, tak tahan bau nyorok duduk kat depan. Kesian mak, tp Alhamdulillah mak sgt memahami. Begitu juga family in law.
7.       Berjalan jauh
-yang ni memang pasti, tak boleh jalan jauh. Nnt bila balik surely muntah-muntah, letih, badan sakit, perut mengeras. Padahal baru 15 minggu. Kalau pergi pavi tuh pon rasa macam dah jauh gila. Rasa macam nak pitam je, bila jalan dalam mall. Jalan sikit kena duduk, kesian Mr S, nasib dia penyabar. Haha kalau tak sabar pon terpaksa juga sabar. J

Tuhla serba sedikit perangai tak semenggah time preggy, harapnya anak ni bila keluar menjadi anak yang soleh/solehah dan memahami. Amin.

Monday 26 November 2012

Tak setuju

Saya sama sekali tak setuju dengan pandangan penulis ni. Ye memang tak salah, suami kahwin lain dr ada affair. Tp setiap isteri, tak pernah nak suami kahwin lain. Especially isteri yg susah senang bersama suami dr awal dan bila dah senang, nak cari lain. Senang nya orang belum berkahwin ini berkata-kata, mereka tak pernah tahu apa perasan seorang isteri terutama isteri pertama. Betapa isteri pertama sanggup senang susah bersama suami. Sanggup kerah tenaga siang malam, tp kesudahannya dimadukan. Mungkin orang cakap sy anti poligami, tp bagi sy kalau ayah dan mak sy boleh bersama tanpa ada org ke 2,3,4. Pasti saya mengharapkan yang sama dr sang suami.

Tuesday 20 November 2012

We did it!


there you go!

Alhamdulillah sekarang dah 13 minggu pregnant. Diam tak diam dah 3 months. Lepas dah first trimester. Selama 3 months ni la, hari-hari muntah, especially time week 8-10. Sangat horrible, muntah loya tak kira masa. Sampai lembik lembik badan, tapi bila kat office, walaupun sentiasa muntah masih boleh buat kerja. Alhamdulillah. Tapi paling teruk bila muntah akan terkucil sekali. Ada sekali ni muntah kat carpark office, sampai kena baju. So terus ambil MC. Paling syukur, Mr S pon melayan je. Kalau muntah pukul 3-4 pagi, Mr S akan bangun sekali  and tolong urut, bagi makan untuk alas perut. Sejak pregnant ni kerja rumah buat sikit-sikit jer, yang lain semua hantar pi dobi. Malas nak penatkan badan sidai baju, lipat baju lagipon musim hujan. Masak lansung tak, tak tahu kenapa. Maybe sebab tinggal dengan mak, balik je mak da siap masak.

Semalam, pergi monthly check up dengan mak (Mr S tak boleh cuti sebab kami baru balik Korea). Alhamdulillah, baby sehat walaupun I lost 2 kilos. Baby membesar and the best part, baby tak reti duduk diam. Sampai Dr nak snap pix pon tgn dia gerak-gerak. Menarik sangat bila tgk dis lil tot da ada kepala, hidung, mulut,very tiny hand. Mak sampai mengalir air mata bila tgk baby active.

Kuar je consultation room, mak cakap “Habesla mak, ada lagi sorang amana tak reti duduk diam”

Tak kisahlah anak perempuan or lelaki, (walaupun arif cakap baby fomfuan), yang penting anak ini menjadi anak yg soleh/solehah, yang menjadi kebanggan agama. Ameen.

Tips to Korea (special for Ibu Mengandung)


Last week pergi Korea for a week (end of autumn season). Konon celebrate my birthday dekat sana tp bila touch down je kat LCCT, amik kau terus masuk hospital sebab dyhydrated. All the way from Korea-LCCT, asyik muntah je. Every 30 mins mesti muntah, sampai Flight Attandance pon tanya ok ke. Paper Bag muntah siap kene request extra lg kat FA. Dekat 7-8 paper bag muntah la guna. Paling best muntah yang rasa acid, yg tarik dari dlm perut. Erkkkkkkk. Sakit tau tak!
So buat ibu-ibu mengandung yang nak travel pergi Korea, yang agak-agak perut boleh makan makanan Melayu only sila ikut tips-tips berikut:

1.       Bawa makanan kering
-          Serunding, sambal kering (tak perlu risau pasal nasi sbb kat sana ada instant rice. Just masukkan dalam microwave for 2 minutes. Price dalam 1000 won)
Instant Rice
2.       Roti,Kaya, Butter, Jem
-          Kat sana tak roti cam gardenia semua kene beli kat kedai pastry macam dekat Tous Les Jours. So kalau ada butter and kaya lg sedap la. Kat kedai pastry pon tuna sandwich dorang mesti ada bacon. Mostly pork la kan.
kedai pastri yg famous kat sana. Byk juga pastri dia yg guna pork.

3.       Bawak bag muntah
-          Ini sangat penting especially kalau pergi yang jenis free and easy. Kalau ikot tour biasanya makan terjaga. Everyday saya berjalan, naik subway, pusing sana sini mesti muntah. Turun subway muntah, jalan shopping muntah. Dalam bus muntah so bila ada bag muntah memang selamatlah. Bag muntah ni boleh beli kat mana-mana cawangan Daiso.
4.       Hot Pack
-          Hot pack memang bagus, especially kalau pergi time winter/autumn. Sambil jalan-jalan boleh hold hot pack. At least u tak gigil. Hot pack pon beli dekat Daiso sudah.
5.       Lipice/Lipbalm/Baby oil
-          Lipbalm sangat penting sbb too cold kulit kering nnt bibir merekah. Make sure bawak je anywhere dlm bag. Before keluar lumur satu badan dengan baby oil. Kalau tak kulit kering yang amat.
6.       Long John
-          Harus pakai long john dlm jeans kalau cuaca extreme sgt. At least warm sikit, dan selesa.
7.       Kasut
-          Pakai la flat shoes or sport shoes. Orang sana boleh pakai ballerina dengan legging tp untuk kita orang Malaysia yg tak biasa ni, prefer pkai full covered shoes. Lagipon sana banyak sangat berjalan.
8.       Makanan Halal
-          Before pergi survey la kedai2 makanan halal, normally makanan halal ada dekat itaewon. Tapi itaewon jauh dari myondong or namdaemun. Paling best, skrg ada kedai melayu Indonesia dekat itaewon.Agak-agak tekak melayu pergi la kat sana. Kalau pergi shopping dekat namdaemun ada stall kecik jual kebab halal. So kalau duduk dekat myeondong pon boleh jalan kaki je kalau nak makan kebab kat namdaemun.



 That’s all for now. Kalau ada tips-tips lagi nanti kita update. 

Wednesday 14 November 2012

Baby marah

Tiap hari kat korea ni, baby mengamuk. Asyik muntah-muntah.
Sbb banyak jln tp makan tak dapat. Sehari berjalan dkt 1-2 km tp tang mkn just mee maggi,or nasi seciput dgn serunding. Xpon roti n coffee.
So tiap mlm baby meragam muntahkan semuanya balik.
Kesian dia tp bersabar ye sayang. Balik malaysia kita makan semua bende.
Maafkan mama sbb gagal beri sayang makan secukupnya...

Monday 29 October 2012

Ibu mengandung & hormon ajaib


Dah dua hari,

Asyik stress sebab study and kerja. I’m juggling with new working environment, final dissertation and pregnancy. Sampai asyik muntah-muntah, pening and muncung je. No smiling at all.

Balik rumah mertua pon terbaring je, luckily mother in law paham siap bg buah lai sebab tak selera makan. Naseb mak mertua sporting. ^.^

Back to main topic, sometimes macam menyesal tukar bidang, dr engineering ke management. I’m ok with my responsibilities tapi bila the big boss suruh buat some business analysis, memang satu habuk pon tak tau. Kalau cakap pasal pile, reinforcement, cement, kerikil memang mak tahu. Dahla all the terms yang officemate guna kan terms business. B2B company la, B2C la. Ape jadah tuh kalau KFC surely tahu. Nak berhenti kerja, tak berbaloi, sbb benefits super best. Lagipon kalau bagi notice 2 bulan, time tuh bulan 1/2013, dah masa submit dissertation pula.

Kat opis dah busy gila, bila balik serius penat. Memang nak rest especially berbadan dua ni. Lagi asyik nak terdampar macam paus. So kerja-kerja dissertation lansung tak buat. Deadline makin dekat, 19/11 kena tunjuk progress kat supervisor but I got nothing to show her. Takkan nak senyum depan dia je.

Sekarang, tiap malam mimpi buat kerja opis la, pergi library la. Siap mimpi dah submit assignment boss bagi. ~.~

So semalam, bincang dengan Mr S, dia cakap if nak berhenti, berhenti. Duit tanggungjawab dia. But make sure lulus master on time. Tapi tak sanggup nak bagi dia tanggung semua seorang, dengan nak bayar rumah, kereta, nanti nak bersalin and beli barang masuk rumah baru. Kesian dia.

Last-last, he come out with this solution. Mr S akan tolong buat dissertation sebab dia pon engineer, and I pon kene buat my portion.

Tapi bila pagi tadi cakap dengan mak, mak cakap “adik pandang la positive side. Bukan semua orang ada peluang utk ada background engineering and management. Adik ada dua-dua. Buat slow-slow, anak adik ni malas la. Hahaha”

Sampai kat opis, call Anisa, one of my besties. Terus terburai air mata yang pendam selama ni. Alhamdulillah sejak pregnant nilah kali pertama menangis. Terima kasih nisa sebab sudi mendengar. Love you.

p/s: semoga tuhan beri kekuatan untuk belajar dan adapt dengan situasi sekarang. Insyallah.

Wednesday 17 October 2012

Orang melayu

Sekarang kerja sy bukan lg bahagian civil engineering. Dah jauh terkeluar tercampak masuk ke bahagian management and commercialisation.

So banyak la event yg sy conduct dan rata-rata orang melayu yg paling suka condemn.

Company sy bagi free service tuk commercialise product mereka, register software mereka to the MyIPO.

But still hobby org kita complaint, xde makan, xbg instruction bagus, xbg full address.

Walhal, kita da attached kan maps dlm event, dah bagi gps coordinate, dah inform details instruction.

But, sadly maleis memang suka komplen. Apalah salah nya to read the email properly, asking nicely.

Ini, haih, senyum je jalan terbaik untuk orang mcm ni.

So for next event, this company will not be on my list.

From here boleh nampak kenapa Non bumi company boleh success.

As long as they maintain good relation with GOC and GLC, they will get all the benefits. Ni meleis awal-awal nak orang banned.

Ouh maybe sbb dorang production company so tak ada PR yang bagus.

Well, artist kan.

Somehow, i learnt about human behavorial.

Sy harap meleis akan berubah demi masa depan bangsa sendiri.

P/s: harap-harap certain meleis je macam ni. Yg lain insyallah tidak.

Sunday 14 October 2012

Excited

Muka excited dia,
Mengalahkan si ibu!

Tersenyum-senyum bila nmpk degupan jantung si kecil,
Kelakar.

Aku,
Speechless.

Tak tahu nak kata apa,
Tapi sebolehnya nk request pd doctor,
Pleaseeee tolong scan lama lagi,
Nak tgk jantung si kecil.

P/s: semoga si kecil menjadi kebanggaan agama. Itu sudah cukup bagiku dan suami. Ameen.

Sunday 7 October 2012

Si comel

Hi si comel,
Janganlah asyik lapar sampai setiap 4 jam,
Penat mama asyik nak kunyah,
Kunyah nasi pula tu,
Kesian mama.
Asyik pening sbb si comel mama lapar,
Mama nak buat thesis ni,
Bagi mama sihat,
Baru kita boleh graduate sama-sama,
Baru bijak bersama.

Love,
Mama si comel

Friday 28 September 2012

Kantung air

Doctor: ovari u bengkak.. Emmm..
Me: hah, so dr?
Doctor: kantung air is there... But i cant see the dot.
Me: emmm,
Doctor: kita check blood test la. Maybe u ada cyst, sbb tuh dia bg result palsu kat upt. Hormon bila ada cyst ni lain.
Me & Mr S: =.=
Doctor: but i hope its because of pregnancy. Tgu result lg 2,3 hari ye. But dun worry too much
Me: *crying......*

Wednesday 26 September 2012

Gigil Gementar Gelisah

Dah lama tak rasa gementar,
tapi baru-baru ini,
memang rasa  gigil, gementar, tak lena tidur, gelisah semua ada.

Hanya sebab,
Satu ujian kesihatan.

Tambah-tambah lagi bila dapat doctor,
Yang dua kali salah cucuk masa ambil darah.
Lepas tuh pula,
Bila Doctor beri kata-kata kemungkinan yang lansung kita tak mahu dengar.

Posibillity yang -ve,
bukan yang +ve.

Sampai putus harapan.
Sampai menangis malam-malam.
Naseb punya suami yang supportive & family yg understanding.

Menunggu ujian darah selama tiga hari umpama tiga bulan.

Macam-macam mimpi ada,
ular, air, berenang, berlari.

Tapi alhamdulillah keputusannya +ve.

Bebas dari penyakit,
itu yang kita mahu.

Kesihatan.

Amin semoga kami sekeluarga sihat senantiasa.

much love,
sarina

Friday 21 September 2012

TIKL Babes

I dulu student TIKL (Technical Institue of Kuala Lumpur aka Sekolah Menengah Teknik Cheras) untuk form  4 & 5. So duduk asrama la. Tapi tiap minggu or once in every two weeks harus la balik rumah, dekat kan. Kalau tak balik pon my dad/mom akan datang tuk bagi food. Sekolah tuh akan jadi macam tempat piknik setiap minggu penuh je dengan kereta parents. Tapi kadang-kadang kesian tgk sapa yg parent duduk jauh. So kita kawan-kawan yg kaya dengan home mase food ni harus share sama-sama dengan yang lain. baru seronok. bila teringat semua tuh balik rasa rindu sangat dengan kehidupan berasrama, rindduuuu sangat. luckily i still contacts with my tikl babes. Even dah kahwin i still keluar dengan dorang, pergi shopping & makan-makan *ini activity wajib* syukur sangat Mr S pon boleh masuk dengan diorang & siap boleh gurau-gurau lagi. so raya lepas pergi gathering kat rumah Dila (dia the only MPP kat TIKL yg cool. yg lain semua hampeh time batch i)

they came to my place for hari raya

rumah adila, sangat cantik n besar :)

us, sila abaikan makcik nia emelda

si gemuk aka me, bersama tuan rumah

bersama wawa

tuan rumah kene amik pix kami. lol!

us ^.^

us again ^.^

sambung melepak di Dr Cafe, 

eh-eh boyfren pon ada, well dia buat suprise. tibe-tiba datang kat Dr Cafe,
kata ada concreting kat site. Tapi tibe-tibe ada kat Dr Cafe, memang terkejut, dari lemau jadi segar.
Sesegar mint. Sweet sangat naseb tak bawak bunga kalau tak ada yang melompat lompat kat sana.

much love,
sarina saleh

Tuesday 18 September 2012

Kegemukkan

I kahwin 29/6/12 time tuh berat 54kg. Now after 3 months of marriage, berat i naik jd 58. What an achievement. Bangga mak nok. Naseb bukan naik sensorang. Naik berdua, bila Mr S pon naik berat badan, takkan lah i nak maintain kurus. Tak bestla sorang gemuk sorang kurus kan. *lame reason*

Tapi arini memang epic!

Sebab terlalu gemuk, butang baju kemeja I tercabut, dah la kat tempat censored. naseb i perasan time bangun tidur dekat surau office. Tak sangka lansung sbb gemuk, butang baju pon boleh melantun. Memang mantap sgt badan ni. Naseb pakai shawl, boleh cover bahagian chest. haih la Sarina, kesian sgt baju-baju yang kau ada. Semua dah tak muat, sendat dan ketat.


see the difference.
kejayaan menambah 4 kilos telah terbukti
~.~

ikhlas dari si gemuk,
sarina

Monday 17 September 2012

My life

I know how to manage my money
So no need to sebuk or interfere with my life
Im a woman with a good pay
*Alhamdulillah*
Not to forget my side income
So why nak masuk campur with my life
Pergi tepi la sebuk!
I never asked any duit saku/ duit raya from my hubby or duit bulan
Bcoz i hv my own money
So jgn sebuk psl rumah tangga org sedangkan kain sendiri yg rabak

Wednesday 12 September 2012

Happy Birthday Darling

Yeay ith his 25th birthday. Dah quarter of century. Since its a special day, so kena la plan baikkkk punya (Dafi AF's tagline).
 For his birthday ina belikan kasut sbbnya kasut tunang hantaran kene curi a day before majlis nikah kami *sobsobsob!* nak tak nak ina belikan juga kasut sbb Mr S pergi shopping kat Pavilion pakai selipar jepun je. hishhhh,,,, mak glamer-glamer, dia pula pakai selipar. tak boleh jadi. so belikan kasut. Ni advance birthday present. Belikan awal sbb every week we all busy dengan wedding and open house. this one no suprise at all sebab beli sama-sama.


For the special dinner, ina planned betul-betul even sehari awal sbb birthday Mr S jatuh on Monday. Normally bila Monday Mr S balik lambat sbb busy with concreting. So terpaksa celebrate on Sunday.
I didn't tell him where is the resto sebab suprise kan. So suruh dia duduk diam-diam pejam mata and tadaaaaaaaaaaaa.
Here we are!!! @ Little White Cafe.
We had a dinner set for our romantic dinner * i know angah mesti muntah baca ni*

Penat dah menaip so meh tgk pix saja :)


Birthday Boy
*Boy ker?* 
Mr and Mrs S

english style

bagi bunga kedai. chet.

starter

soup of the day

breast grilled chichken

lamb shank

pavlova 
*lagi sedap dr delicious*

red velvet cheesecake

us again
the owner called us as "sweet couple"
nice sangat view dia 

Mrs S
Total damage for the special dinner is RM150 but for me the price is quite ok since we have a full set of meal. Starter, soup, main course, dessert, coffe and sparkling juice.
Let say pergi makan dekat tempat lain mau dekat 200++.
what i can say i the embience and hospitality provided superb!

paling best tgk muka Mr S happy ^.^






Sunday 2 September 2012

Comisyen sebagai agent MAA TAKAFUL

Nafsu perempuan mmg pd shopping, tp kalau nak mengharap duit gaji jerr...
Alamak....memang cukup-cukup tuk simpan sikit, bayar kereta myvi tersayang, beri parents (ini wajib,walau sikit), bayar ptptn & bil maxis yg mahal giler tuh and beli sikit groceries.
Haaaaaa abes, cam mana dgn nak shopping barang2 extra mcm handbag, perfume, make up baju dll?
Naseb ina ni agent MAA TAKAFUL, so dgn duit comisyen ni la ina pergi shopping ^.^
Alhamdulillah ALLAH lorongkan hati ina nak belajar psl investment ni dan akhirnya ina yg puas hati sbb in the middle of the month, ina boleh bershopping without usik duit gaji :)

So bulan ni,
Ina shopping apa yer?

A. 1 palette lipstick brand INGLOT.
Murah je 1 color rm24, ina beli 3 color. So rm24x3 = rm72 and the palette casing just rm35. Total rm107 ^.^
dpt 3 color, bila2 color da abes or nak tmbah color collection just beli dia punya isi color je. Ini hasil komisyen MAA TAKAFUL ;)

B. beli hadiah org kahwin. Well ada client yg kahwin tambah2 pulak dia classmate time degree so harusla belikan adiah kahwin. Lgpon dia byk tlg time ina masters jd harusla bg something for his wedding (hadiah kpd kawan xkisah murah atau mahal yg penting keikhlasan hati kita taw kawan2). Ina belikan bekas tuk buh garnish bila kita buat laksa. Cm bawang, cili, telur rebus. Haa sesuai tuk org dtg. Beli yg weathered glass so thn lama sikit. Lg duit dr MAA TAKAFUL :)

3. Beli emas ^.^ dulu time ina umor 20 thn, mak belikan ina rantai. Unfortunately, rantai tuh dah terputus lepas gurau-gurau dgn anak buah Mr S :P
So, td pergi trade in rantai yg putus dekat poh kong n then tmbh sikit dgn comisyen MAA TAKAFUL+ MAS KAHWIN. So dpt la rantai baru. Rantai ni mak yg pilihkan pulak :)) tq MAA TAKAFUL!

4. Beli baju batik. Wahh sejak bila suka pakai baju batik ni? Sejak mula kerja kat MDEC. Mak jd particular ina pakai baju apa,(even as a temporary staff) maybe sbb kerja mdec byk related dgn company angah. So mak tak nak ina malukan angah pula since angah senior in her company. So td beli la batik, harga asal around rm500 tp after mak tawar2 n mak pon beli 2 helai lagi. So dpt la jd rm420. Plus kitorang regular customer kat situ. And again TQSM to MAA TAKAFUL for the comisyen! *even beli batik ni guna mak punya comisyen, hahaha*

P/s: pix emas xley tunjuk bahaya plus emas nye seto'eeett sgt ^.^


lipstick macam-macam color

gmbr emas x boleh tunjuk ^.^

puas hati

Wednesday 29 August 2012

2 bulan

Hari ni 29/8/12 genap 2 bulan jadi isteri to someone. Alhamdulillah.
Syukur pd Allah swt kerana mengurniakan sy seseorang yg boleh fit dengan perangai sy yg tidak penyabar dan terburu-buru.
*Allah maha mengetahui bukan?*

Bila org tanya kahwin cam mana? Best? *what a question laaa*
mestila jawapan dia BEST GILERRR tp dlm best tu ada byk bende yg tersembunyi.

Setelah berkahwin byk tanggungjawab taw, tanggungjawab kt suami, mertua n family sendiri.

Selama ni semua mak ayah kakak abang dan kawan-kawan settle kan. since dah kawen, semua kene settle sendiri.

Paling tak sangka, ina boleh sediakan baju stokin untuk suami pagi-pagi,
 *walaupun kak mar yg gosokkan baju2 Mr S, kihkihkih*

makan minum suami tuh dah bolehla uruskan sbb memang gilir-gilir masak dengan mak
*tapi kadang-kadang suami kene tolong lap meja and cuci pinggan mangkuk*

Mr S pon still in learning process, ina selalu gak kene tegur pasal aurat. Haha. tapi Mr S slowly tegur tak dela drastically kene berubah.

Alhamdulillah buat masa ni Mr S masih seperti dirinya macam waktu bercinta dulu. Tapi ni baru 2 bulan, kalau 2 tahun mungkin ada perubahan nanti tapi harap-harapnya perubahan ke arah kebaikan.

tapi i still remember what my aunt told me,
"5 tahun pertama perkahwinan adalah masa mengenali hati budi pasangan yang sebenar-benarnya. kalau boleh survive the first five years, Insyallah perkahwinan tu akan kekal sampai ke akhir hayat."

My sisters boleh survive the first 5 years, so do i. Insyallah :)

semalam 
29.8.2012
pergi celebrate 2 months anniversary
*makin gemuk sbb makan dessert pukul 10 malam*




Wednesday 15 August 2012

Perginya sahabatku di bulan RAMADHAN

Bangun pagi-pagi,
Bukak whatapps,
Tengok huda text and informed fitri dah tak ada,
Sapa fitri?

Fitri is someone that close to me. Boleh cakap macam best friend time uitm dulu.
Dia amik QS sementara aku study civil engineering.
Boleh katakan sem 1-5 kami selalu kuar sama,
Aku,huda,hani,fatin,pijan,bal dan dia akan kuar sama makan kt seksyen 2,
Birthday kitorang mesti celebrate sama-sama,
Paling tak boleh lupa,
Time nak buka puasa,
Kitorg tertinggal bus terakhir nak kuaar dari uitm,
Berlari-lari smue nak kejar bus last-last buka dalam bus tuh,

Waktu dulu,
Time ak gaduh dgn ex aku,
Kau selalu bawak ak keluar dgn kereta triton kau,
Kdg2 kita keluar beramai-ramai,
Kdg2 kita berdua,
Tiap kali makan mesti kau bayar.
Berapa kali je ak bayar.

Ak ingat lagi,
Kau aku pijan dan bal pergi buka bersama,
Abes buka,
Kau bg helmet pijan suruh ak pakai,
Aku pakai walaupun kita nak naik kereta,
Rupa-rupanya kau suruh ak duduk belakang triton,
Korang buli ak, satu pusat komersial pandang aku pelik,
Sebab ak duduk belakang triton smbil pakai helmet.
Haram betul perangai korang!
;p

Dan fit,
Lepas kita kerja boleh kata kita tak jumpa lansung,
Cuma selalu ym sahaja,
Tapi bila hari bahagia aku,
Kau muncul bawa pasangan kau.
Kau kata dia bakal isteri kau,
Aku senyum disisi suami ku dan kau kelihatan bahagia,
Tapi kini,
Kau dah tiada.

Kau pergi 2 hari sebelum syawal tiba,
Kau pergi secara tiba-tiba,
Tapi alhamdulillah rezeki aku untuk tengok kau buat kali terakhir ada.

Kau kelihatan tenang tadi,
Muka kau handsome cerah seperti biasa,
Dan kau jangan risau,
Teman wanita kau nampak redha dgn segalanya,
Insyallah dia kuat.

Fitri,
Terima kasih untuk segalanya.
Kenangan kita sebagai sahabat takkan aku lupakan.

Semoga kau aman disana,
Doaku mengiringi dirimu.
AlFatihah.

Sunday 12 August 2012

Aunty Nisa's & Aunty Ema's Bachelorette Party

Every year wajib ada iftar with Besties.
Tapi since kali ni Mak Buyung aka Anisa dah sarat, maka kami semua turun Melaka.
Dan kebetulan Ema akan melansungkan perkahwinan on 31st August, so terus plan bachelorette party untuk dia.
So double event je terus.

Event 1: Ema's Bachelorette Party
Nos of Participant: 12 pax

the foodssss. murah gila order 9 lauk baru rm305. siap udang siakap sotong bagai.
happy tummy
Dua-dua bride to be. so that's why riena yang sarungkan kat ema.
next event will be Riena's bachelorette partayy.
^.^
the gurls and our happy face. 
bakal pengantin. 
18th years of friendship

Event 2: Nisa's Bachelorette Party
Nos of Participant: still 12 pax
credit pix to Ali 
All dis cooked by Nadia Sharum. Serious sedap!
nak order? click sini 
banner and deco
credit to Riena, Nadia and Syqeen 
us
again, the gugurls
ok ni amik berkat. laga perut sikit nisa. harap-harap berjangkit kat aku
:)

Teringat pulak, dulu tiap kali lepas buat event kitorang akan tidur sama dan selalunya akan berebut sapa tidur atas, kiri kanan tengah. Dan selalunya, nisa & syqeen kene tidur di lantai. Me, nad and riena akan tidur atas katil. Lepas tu, yg atas katil pulak berebut nak tidur tengah sbb takut hantu. 

Tapi sekarang, masing-masing dah dewasa, me and nisa dah tak join dorang tidur sama sbb masing-masing dah ada suami. tak lama lagi ema and riena pula menyusul. tinggal nadia n ikin n azzah. harap-harap hubungan kita kekal sampai ke anak cucu walaupun ada yg merajuk, ada yg jauh, ada yg mereng tapi kami terima satu sama lain.

btw, to all besties,

SELAMAT HARI RAYA AMPUN MAAF DIPINTA

Much love,

Ms Sarina