Tuesday 27 March 2012

A Night with Anuar Zain

Bagi korang menangis dulu!

Last Saturday,

Pergi MAA Takaful Achiever Dinner dekat Sunway Resort & Spa Hotel. Pergi sebab mak one of the ACHIVER under Managing Consultant (MC) Category,
(bukan calang-calang orang dapat award ok, hanya MC yang group sale more than RM1.5 million boleh menang award)

As usual mak bawak ina,angah & ada pergi ikut dinner tuh. The theme is red so semua pakai merah mak ngah.

Sebab mak achiever MAA Takaful provide one hotel room for emak. Tapi before tuh ina & mak pergi shopping kat Sunway, sebab mak nak pergi Los Angeles. Paling best dapat belanja mak makan kat The Manhattan Fish Market. Lepas belanja ina jalankan operasi men-ge-pow mak dengan bawa mak pergi kedai COACH. Tunjuk handbag yang ina nak, so nanti mak belikan kat LA. *perasan je mak nak belikan*

Tapi paling best, malam tuh dapat jumpe Anuar Zain! Kami adik beradik memang excited dpt tgk muka Anuar Zain yg tak smpi sejengkal dari kami. That was the best dinner EVER!! muahahahahaha :D



The Room


View from our room

My mom = My Forever Idol

Gedik lebih :D

The Red Team

The Sister

Anuar pakai make up tebal!

Dekat kan :)

Monday 26 March 2012

Rumah & Kerja

Salam,

Ada baca tak surat khabar KOSMO mengenai harga rumah sekarang?

Meh bagi sneak preview sikit.

GILA! ingat senang ke nak gaji cecah 12,000! Tambah-tambah kalau kerja "gomen". Kalau kerja private dapat la bonus sedepuk. Kalau kerja Oil & Gas yela berlepuk-lepuk bonus! Kesian dengan orang yang tak mampu. Macam Ina, memang tak mampu nak beli rumah teres especially nak beli area KL, Bangi, Shah Alam. Tapi sebab mak support, dapatlah beli rumah teres di Kajang Hill Park. Alhamdulillah.

Kalau mak tak support  14k, memang confirm tak dapat rumah tuh!

Developer target kerja siap by 2014 tapi now progress almost 50%.
InsyaAllah rumah tuh boleh masuk in the middle of 2013.

Sekarang, Ina & Mr Engineer kena kerja keras cari rezeki.
Mr Engineer sekarang kerja dah macam beruk, kadang-kadang balik pukul 12 pagi sedangkan masuk kerja 7pagi. 16 jam bekerja. *Pity him*

Me plak kena pandai bajet. Tak boleh shopping macam zaman muda belia.
Nak belajar hidup style mak, JIMAT, ALWAYS SEDEKAH & BANYAKKAN BERAMAL.

Hidup mak nampak sangat penuh keberkatan, mungkin selepas Allah uji mak dengan penyakit dan pelbagai kesusahan, sekarang Allah membalas dengan memberi mak kesenangan di akhir-akhir usia mak. Alhamdulillah.

Semoga ina juga begitu. Ameen.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad) 

Wednesday 14 March 2012

wedding shoes

Semalam jumpe fashion designer untuk belah pian.

Amik kau! fashion designer untuk baju bertandang. Bajet artist, bila designer tu sketch wedding dress,, halamak rasa betol-betol retis :) 


*tak boleh tunjuk design, custom made katenya*

Tapi sebab belah pian only provide dress,crown, make up. So shoes kene provide sendiri kalau dorang custom made, tambah lagi 400. Tak kuasa kesian famly-in-law kena bayar untuk wedding shoes pulak.

So, semalam pergi ricky wedding shoes kat The Garden.

Berkenan a few, paling berkenan GUESS Shoes. Murah and worth it!

RM150 siap ade sales gitu! Tapi sebab kaler baju tak confirm lagi. Tak boleh beli laaaaa.....

Tapi tadi pian dah confirmed nak baju kaler SILVER and belah saya kaler dusty pink.

and the shoes pulak kaler pink with black lace.

Memang terbaek la!

Boleh pakai dua-dua belah majlis.

*Bijak kan*

So i'm gonna buy that shoes :)

Teaser from internet

something like this *dusty pink with black lace*

emmm christian louboutin *tak mampu hokay*

mungkin ini juga

Foot Note: Insyallah this week nak pergi beli lepas majlis pertunangan Anies Fathiah

Thursday 8 March 2012

Makan Beradap

Hello,

I terlupa satu benda, dah sanding takkan tak ada makan beradap ye tak?

Ingat nak buat lebih kurang macam ni......


But using this kind of flower. 

Pink carnation with Vase :)

 carnation vase


So settle everything for khemah and makan berasap beradap.

Foot Note: Mesti kakak-kakak eden cakap eden ni megedik jo lebih haaa. :D

Wednesday 7 March 2012

Teaser

Ok my wedding will be on in June 2012, tapi Ina dah start prepare semua nya~

Almost everything dah siap booking :D

Buat awal-awal supaya last minute tinggal pergi SPA and focus for examination.

Now tengah prepare for DISSERTATION (THESIS) yang tak berapa nak manis macam DESSERT *buwek*

So meh cekidautttt (buat bunyi macam Lisa Surihani dalam iklan DIGI) apa yang dah siap & belum;


NIKAH

  1. Kain Baju Nikah 
  2. Tempah Baju Nikah
  3. Bantal Nikah
  4. Veil & Tudung
  5. Kasut
  6. HIV Test
  7. Form-Form Nikah
  8. Tok Kadi
  9. Goodies Bag Nikah
  10. Photographer
BARANG HANTARAN SUFIAN
  1. Camera
  2. Cincin
  3. Sejadah
  4. Al-Quran
  5. Baju Kemeja
  6. Cupcake
  7. Sirih Junjung
BARANG HANTARAN SARINA
  1. Mas Kahwin - gelang
  2. Duit Hantaran
  3. Hand Bag
  4. Telekung
  5. Instant Camera
MAJLIS BERSANDING

  1. Catering
  2. Khemah & Meja Beradab with centerpiece
  3. Goodies Bag
  4. Photobooth -  canvas printing, easel, guestbook, instant camera, prop
  5. Centerpiece
  6. Pelamin
  7. Baju Sanding & accessories
  8. Cendol
  9. Kompang 
  10. DJ 
  11. Chocolate budak-budak
  12. Photographer
Now meh kita tengok teaser pelamin and arrangement majlis kami.

credit: Ariwedding couture

credit: ntah tak tahu 

credit: putihinspire
arrangement khemah - L Shape -
Sketch pelamin

Foot Note: Happy buat semua ni, maybe majlis takkan sesempurna yang dirancang tapi sekurang-kurangnya Ina happy.


Monday 5 March 2012

Tahun Percutian

Tahun ni di isytiharkan tahun melancong sarina!

Bulan Julai, around 9hb-12hb adalah percutian pertama. Dalam otak macam nak pergi tioman tapi 4 hari kat tioman macam bosan. Emmmm, pergi cameron highland then penang pon ok jugak kan! Ni baru warm up bercuti! Ada yang lagi menarik! Bajet percutian tak lebih 500 ok!

Bulan September, dari 26hb-29hb pergi JAKARTA. hip hip hoorayh!!! Beli tiket ni dah lama, konon nak pergi Bandung untuk barang kahwin. Tapi dah tarikh kahwin dipercepatkan, maka jadila percutian bersama lagi. So, pergi bandung nak beli kain tuk dijual, or kaen buat shawl. Kene gak beli barang untuk dijual sbb luggage capacity sampai 60kg! kalau tak beli buat niaga memang rugi. Sambil tuh boleh ke SPA, rebonding rambut kat sana. Sana kan murah! *Boleh celebrate birthday En Sufian sekali* Bajet percutian untuk hotel,transport,makan tak sampai 600. Bajet shopping 1000!   
tempat untuk melabur 
tempat untuk melabur lagi

Bulan November, dari 10hb-16hb pergi KOREA!! Finally my dream come true. Dari dulu sangat teringin nak pergi Korea (bajet pergi Korea boleh jadi cantik macam artist Korea) Winter Sonata la aku kat sana nanti. tambah-tambah time tuh early winter. hewhewhew. So boleh celebrate my birthday kat sana juga. Since my birthday fall on 16 November. So bajet   ke Korea dalam 2000 for two person. Pergi sana no shopping ok! *kawan i cakap 2000 tuh dah boleh siap shopping*





Foot Note: Kene kerja keras kumpul duit. Cari client ramai sikit la macam ni!

Saturday 3 March 2012

Teman Baik

Bukan semua orang dapat emak yg memahami, yg supportive. Macam ina & kakak, mak sentiasa bagi peluang untuk kami buat keputusan sendiri. Mak akan bagi pandangan tapi kami yang buat keputusan. Mak tak pernah konkong, tapi mesti dapat result bagus. Sekarang ni bila dah nak kahwin, Ina spend more time dengan mak. Dulu time kecik kecik ina peneman mak kesana sini, macam handbag mak (cuma handbag yang tak ada duit :D ). Yang ina risaukan, bila ina dah kahwin nanti. Mesti ina tak dapat nak teman mak selalu macam sekarang. Sapa nak bawak mak pergi shopping, nak teman pergi kenduri. Haishhh. Ayah dah tak larat sbb ayah sakit pinggang xboleh naik kereta lama-lama. Ina risau.
*Padahal lepas kahwin, ina duduk dengan mak sampai hari raya aidifitri*

Foot Note: ouh lupa pula, Kerja baru pian setiap isnin-sabtu, 7am-7pm. Boleh la meluangkan masa dengan bunda terchenta ;D

Friday 2 March 2012

Medical Leave

Nama demam tapi sempat juga membeli & belah sampai terbeli (memang disengajakan)
1. tudung bawal 5
2. Canvas printing
3. Cincin nikah boyfie
4. Baju nikah

Puas hati ok! Xsabar tunggu cincin boyfiee siap sbb custom made. Canvas printing tinggal nak COD kat shah alam. Naseb tak terbeli tv plasma. Haha. Nafsu. Tp ku tahan kan jua. Ok!

Activity semalam:

Sebab mc so semalam pergi shah alam, medan mara & jumpe wedding planner (belah pian) aka kawan baik dia.
Mula-mula Pasal baju nikah beli kat jakel, shah alam.
Tips2 beli kat jakel, kene pandai melodrama! Itu sudah pasti.
First, bagitahu range budget kite.
Second, pilih kaen paling kita suka.
Tiga, kalau over budget buat muka sedey.
Empat, cakap tak jadi beli or u just survey sbb famly u nak pergi bandung.
Lima, kalau tak dpt discount more than 40% blah je. :)
(nak belah kena kuat semangat sbb they will push u to buy at least one thing from their store)

I got 40% discount from 750 jadi 470. Dpt 2.5 meter beading chiffon, 4m plain chiffon, 4m lining and 5m kain baju melayu for boyfie! Amazing huh! The beading was very nice, simple and pink-ish. No teaser for the kaen since dah pergi hantar kat tailor! :D

Then pergi medan mara, jumper tailor.
Ok tailor pon murah sgt! Sbb tempah baju kurung moden with kaen kembang kembang gituh baru 270 (fyi, kaen chiffon beading sangat susah nak jahit) .So ini Sangatttt murah hokay? Pergi butik laen semua nak 400. Gila!
So pergi tempah kat butik humaira medan mara. Berbaloi!

Then jumpe wedding planner belah pian, Azim from permata waja. They will arrange the wedding from head to toe, from a-z. Hehu. So next week azim dah arrange time dengan fashion designer dia. Seems like wedding dekat belah lelaki akan the bomb jugak. So ade peluang dpt 2x pelamin impian. Jeng jeng!!

Foot Note: esok tempah kad kahwin & jumpa mak andam belah saya!