Monday, 26 March 2012

Rumah & Kerja

Salam,

Ada baca tak surat khabar KOSMO mengenai harga rumah sekarang?

Meh bagi sneak preview sikit.

GILA! ingat senang ke nak gaji cecah 12,000! Tambah-tambah kalau kerja "gomen". Kalau kerja private dapat la bonus sedepuk. Kalau kerja Oil & Gas yela berlepuk-lepuk bonus! Kesian dengan orang yang tak mampu. Macam Ina, memang tak mampu nak beli rumah teres especially nak beli area KL, Bangi, Shah Alam. Tapi sebab mak support, dapatlah beli rumah teres di Kajang Hill Park. Alhamdulillah.

Kalau mak tak support  14k, memang confirm tak dapat rumah tuh!

Developer target kerja siap by 2014 tapi now progress almost 50%.
InsyaAllah rumah tuh boleh masuk in the middle of 2013.

Sekarang, Ina & Mr Engineer kena kerja keras cari rezeki.
Mr Engineer sekarang kerja dah macam beruk, kadang-kadang balik pukul 12 pagi sedangkan masuk kerja 7pagi. 16 jam bekerja. *Pity him*

Me plak kena pandai bajet. Tak boleh shopping macam zaman muda belia.
Nak belajar hidup style mak, JIMAT, ALWAYS SEDEKAH & BANYAKKAN BERAMAL.

Hidup mak nampak sangat penuh keberkatan, mungkin selepas Allah uji mak dengan penyakit dan pelbagai kesusahan, sekarang Allah membalas dengan memberi mak kesenangan di akhir-akhir usia mak. Alhamdulillah.

Semoga ina juga begitu. Ameen.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad) 

No comments:

Post a Comment