Wednesday, 15 August 2012

Perginya sahabatku di bulan RAMADHAN

Bangun pagi-pagi,
Bukak whatapps,
Tengok huda text and informed fitri dah tak ada,
Sapa fitri?

Fitri is someone that close to me. Boleh cakap macam best friend time uitm dulu.
Dia amik QS sementara aku study civil engineering.
Boleh katakan sem 1-5 kami selalu kuar sama,
Aku,huda,hani,fatin,pijan,bal dan dia akan kuar sama makan kt seksyen 2,
Birthday kitorang mesti celebrate sama-sama,
Paling tak boleh lupa,
Time nak buka puasa,
Kitorg tertinggal bus terakhir nak kuaar dari uitm,
Berlari-lari smue nak kejar bus last-last buka dalam bus tuh,

Waktu dulu,
Time ak gaduh dgn ex aku,
Kau selalu bawak ak keluar dgn kereta triton kau,
Kdg2 kita keluar beramai-ramai,
Kdg2 kita berdua,
Tiap kali makan mesti kau bayar.
Berapa kali je ak bayar.

Ak ingat lagi,
Kau aku pijan dan bal pergi buka bersama,
Abes buka,
Kau bg helmet pijan suruh ak pakai,
Aku pakai walaupun kita nak naik kereta,
Rupa-rupanya kau suruh ak duduk belakang triton,
Korang buli ak, satu pusat komersial pandang aku pelik,
Sebab ak duduk belakang triton smbil pakai helmet.
Haram betul perangai korang!
;p

Dan fit,
Lepas kita kerja boleh kata kita tak jumpa lansung,
Cuma selalu ym sahaja,
Tapi bila hari bahagia aku,
Kau muncul bawa pasangan kau.
Kau kata dia bakal isteri kau,
Aku senyum disisi suami ku dan kau kelihatan bahagia,
Tapi kini,
Kau dah tiada.

Kau pergi 2 hari sebelum syawal tiba,
Kau pergi secara tiba-tiba,
Tapi alhamdulillah rezeki aku untuk tengok kau buat kali terakhir ada.

Kau kelihatan tenang tadi,
Muka kau handsome cerah seperti biasa,
Dan kau jangan risau,
Teman wanita kau nampak redha dgn segalanya,
Insyallah dia kuat.

Fitri,
Terima kasih untuk segalanya.
Kenangan kita sebagai sahabat takkan aku lupakan.

Semoga kau aman disana,
Doaku mengiringi dirimu.
AlFatihah.

No comments:

Post a Comment