Thursday 17 January 2013

Gloomy day



Pergi tak kembali. Kadang-kadang langit tak secerah yang kita impikan. Selalu akan ada awan mendung yang berarak di tengah-tengahnya. Bila tengok kehidupan orang lain, terasa sangat bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku hidup bersama orang yang aku cintai.

Ada beberapa kawan aku, yang kehilangan orang tersayang selama-lamanya ketika mereka bahagia.
Masih ingat saat aku sedang honeymoon di Pulau Tioman, one of my friend texted and informed my ex-tikl schoolmate telah kehilangan suami yang baru dikahwininya selama sebulan lebih. Aku pergi ke majlis resepsi mereka, siap waktu tu aku guna kesempatan untuk mengedar kad kahwin aku. Dan tak sangka selepas sebulan lebih dia bernikah suaminya pulang menghadap Ilahi.

Setahun sebelum itu, kawan baikku kehilangan boyfriend yang di cintai. Sedangkan mereka tgh bercadang hendak bertunang, tp putera hati dia pergi dahulu sebelum sempat mereka ikat tali pertunangan.

Sebulan setelah aku berkahwin, aku kehilangan Fitri, kawan baik time uitm. Orang yang selalu buat aku tersenyum dan selalu belanja aku. Dia pergi seminggu sebelum hari raya, dan masih aku ingat kata-katanya waktu majlis perkahwinanku.

“aku datang ni sebab tak nak kau merajuk, dan aku nak tunjuk bakal tunang aku kat kau”

Tak sangka sebulan kemudian, kau pergi meghadap Ilahi dan bakal tunang kau, menangis teresak-esak sambil memeluk aku. Aduhai.

Tapi kini, setelah beberapa bulan berlalu, aku lihat mereka dah mampu tersenyum walaupun ada kesedihan dalam hati mereka. Mereka bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Sesuatu yang aku rasa sukar untuk aku lakukan. Aku tahu mereka menagis setiap malam sbb ada antara mereka yang akan call aku di tengah malam mengatakan mereka rindu and rasa sunyi. Kadang-kadang tak banyak yang aku bantu Cuma yang boleh aku katakan, banyakkan berdoa dan sedekahkan al-fatihah untuk mereka yang telah pergi.

Dan bagi kita yang masih berpeluang untuk bersama suami, ibu bapa dan keluarga hargailah masa yang masih ada. Dan sentiasa beringat dalam hidup ni, tak semua benda akan kekal dengan kita, satu hari nanti pasti ada yang akan pergi selama-lamanya termasuk kita.

1 comment: