Friday, 19 April 2013

Special Dinner @ Event

Awal-awal kenal dengan Mr S, memang tahu dia kuat makan. Suka try macam-macam.

Dari zaman hingusan time study dah tau dia & kawan-kawan dia suka pergi fancy dinner. No wonder Mr S ni jadi bolat-bolat. ^.^

Tapi once kitorang start bercinta Mr S buat rules mesti pergi dinner (special dinner) once a month sejak kami bekerja. Tak kira lah siapa belanja, tapi mostly semua Mr S yang bayar. Maybe 2@3 kali sahaja, saya yang kedekut ni bayar.


;P

Ni list restaurant@cafe yang kitorang pernah pergi for our special dinner. Rasanya ada resto yang tertinggal. Dah tak mampu nak ingat.

-Kokopelli, PJ area
-The Apartment, The Curve
-Rakuzen, G-Tower
-Petite Millie, One Utama
-The Garden, The Curve
-Ben’s, Pavilion
-Capriciossa, Pavillion
-Bumbu Bali, Puchong
-Haven, Look Out Point
-Pannaz Café, Damansara
-Kunang-Kunang, Gombak
-Full House, Sunway Pyramid
-Chocolate, The Curve
-Bubba Gump, Sunway Pyramid
-Bora Ombak, Kg Sg Penchala
-Delicious, Jln Tun Razak
-Little White Café,Bangi
-Manhattan Fish Market, E@curve
-Fish&Co,One Utama

The Apartment, The Curve
 
Kunang-Kunang, Gombak

Bubba Gump, Sunway Pyramid

Bora Ombak, Kg Sg Penchala

Full House, Sunway Pyramid

Bumbu Bali, Puchong

The Garden, The Curve

Pannaz, Damansara

Chocolate, Pavilion

Capriciossa, Paviliom

Ben's, Pavilion
Little White Cafe

Petite Millie, One Utama
Rakuzen,G-Tower
Sorry picture tak menarik, lepas ni dua-tiga bulan tak ada special dinner. Sedihhhhhh. Sebab tengah confinement.


Tuesday, 16 April 2013

Current Trend Bersalin

Sekarang bila wifey bersalin memang suami bagi hadiah kennn..

One of my friend dapat handbag GUCCI, COACH sebab bersalin anak, ada yang dapat emas and ada yang dapat jam.
 
Menarik betolllll... camni mesti wife-wife lagi semangat nak bersalin... Untunglaaaaaa wifey-wifey ni....

Kalau saya, saya pon nak, tapi ukur kemampuan suami. Kalau suami bagi, memang bonus. :)

Tapi buat masa sekarang ni.... memang teringin nak ada kitchen cabinet. kalau dapat kitchen cabinet mesti asyik masak. Eceyhhhhh...

Balik kepada topik, untung sangat suami-suami yang tahu menghargai pengorbanan isteri ni. Kadang-kadang kalau suami bagi keronsang sepuluh ringgit pon isteri dah senyum macam nangka busuk. Apatah lagi kalau bagi handbag, shoes etc etc..

Tapi paling penting, suami tak lepas tangan time bersalin, janganlah mengharap ibu mertua yang nak mandikan baby, masakkan lagi, sidaikan baju, lipat baju. Ibu mertua bukannya bibik time isteri pantang, jadi ringan-ringankan tulang sebab waktu lepas bersalin tu isteri memang stress (based on my sister and fren cerita) sebab sakit bersalin+baby clingy to you all the time+environment dll.

Harapnya Mr S sila lah ringan tulang dengan isteri waktu confinement nanti.

p/s: Semalam bila tengok stimulation video orang bersalin, rasa macam nak pitam.


Kehendak ISTERI


Baru-baru ni banyak yang share mengenai kehendak perempuan kat FB. Perempuan nak lelaki yang boleh jadi IMAM, CHEF, PLUMBER @ ENGINEER, ROMANTIK, BABY SITTER, BEST FRIEND, ROMANTIC, CLOWN,  dan beratus-ratus list lagi.

Tapi actually, perempuan just nak lelaki yang boleh membimbing, ringan tulang & memahami. Hal urusan rumah, memang perempuan boleh settlekan dari mop, sidai baju, cuci sampah, masak, dan macam-macam lagi. Tapi perempuan sekarang bekerjaya, penat kat office lepas tu rushing-rushing nak sediakan makan malam pula. Kain baju nak berangkat juga. Ingat semua tuh tak guna banyak tenaga??? Jadi time macam ni la kita perlukan suami untuk bantu sedikit sebanyak. Tolong bende yang mudah cukupla, macam…
·         Angkat kain
·         Buang sampah
·         Tolong lap meja lepas makan
·         Tolong feed the kids

Simple! Itu dah lebih dari cukup. Macam tuh separuh dari beban isteri dah terlepas.

Bagi saya, saya tak mengharapkan suami boleh jadi plumber / electrician. Kalau suami ada kelebihan membaiki, it’s a bonus, tp kalau ada kelebihan “seperti tikus membaiki labu” baik tak payah. Biar la kita upah sahaja orang & puas hati.

Lagi satu, pekara paling penting ialah suami mampu jadi IMAM. Mendidik anak & isteri mengenai halal & haram, menegur kesalahan dalam solat, dan membetulkan sewaktu mengaji. Kalau tak boleh betulkan pon, ajaklah isteri untuk sama-sama pergi belajar dgn cikgu agama @ jemput cikgu agama datang ke rumah. Ini kehendak saya yang paling penting.

Dan untungnya, kalau dapat lelaki yang sensitive, yang ingat birthday kita @ anniversary. Walaupun sekadar ingatan, sudah lebih dari cukup. Tak semestinya nak kena bagi hadiah, cukupla mengingati.

So, perempuan tak de nya nak lelaki jadi superman bagai semua sebab memang tak wujud lelaki cam gituh ponnnnnnnnn.

Cukupla lelaki tuh jadi RINGAN TULANG & PEMBIMBING.

p/s: sekadar sharing

Tuesday, 9 April 2013

Riena's Bachelorette Party at Flora Kafe

Our dear darling is getting married soon.

So, nadia as usual plan the party while i in charge on the venue. Nadia prepare all the props, beli boa,tiara and so forth all the way from London! Hebat kan. Me pula survey-survey venue yg chantek and yet affordable for us. Nadia plan dengan suhaimi (Tunang Cik Riena kita) tuk bring the princess to the party.
The rest of our team plak, make sure kehadiran pada party and assist mana yg patut.

Everything worth the effort sebab riena siap nangis terharu lagi bila sampai kat Flora Kafe.







Soon to be Mrs Suhaimi


Baby Shower


Tak sangka, terperanjat, terkejut. Betul-betul tak dapat predict. Last Saturday, I was so busy. Pagi pergi breakfast dengan mak, then pergi survey perabot then ada bachelorette partay for my sayang, Riena Azneira. Rushing-rushing balik, sbb orang nak deliver perabot kat rumah. Katanye before 8.30 pm dorang sampai. 

So sampai rumah Serdang around 6pm, then busy packing barang untuk pergi umah Kajang while waiting for my hubby. After maghrib terus shoot pergi balik Kajang, and cari barang-barang tuk house warming esoknya. Lagipon, orang perabot tak call-call pon.

Dah siap beli barang, sampai kat area rumah, tengok jiran sebelah rumah ada kereta vios & forte.” Wauu kaya jiran aku”. Bila depan pintu rumah, tengok ada selipar,,, hati da berdegup laju…rumah gelap,, mesti perompak.. muka Mr S pon cuak-cuak, paksa teman dia masuk rumah.. ingat nak masuk dalam kereta.. takut perompak bunuh..

Me: eh, ada orang masuk rumah
Mr S: Abang Nan (abang ipar Mr S) buat kerja kot.
Me: Abang Nan kat johor la! Td baru Nampak dia check in kat fb.
Mr S: Teman saya masuk

Bukak je pintu… Surprise!!! Tercongok Nadia, Nisa and their hubby and not to forget my Ali! Rumah dah ada sofa & everything. Rupanya dorang komplot with hubby, siap kemaskan rumah, decorate for my baby shower. So ada two event harituh. One is specially for Riena and another one is for my Baby G.

I was sooooo surprised and happy. Paling terharu, nadia, shikin, azah,nisa & rina buat lasagne and cake for baby g. The food was so tasty!

Nak nangis rasa tp, muka da memang comot and nervous sbb ingat perompak belom abes lg. so tak mampu nak nangis. So jom tengok pix for that event.






till then,
xoxo

Monday, 1 April 2013

Surirumah??



credit pix to Dr. Google

Suri rumah? Mampu ker menjadi suri rumah sepenuh masa. Tibe-tibe terasa nak menjadi surirumah sebab bayi dalam perut ni. Nak menghantar ke pengasuh, area rumah hillpark masih baru. Tak pasti ada ke orang nak jaga newborn baby. Kalau jaga pon, boleh ke jaga dengan elok. Kena tengok juga orang yang menjaga ni pembersih ke, pendera ke. Kang kalau jadi apa-apa, menyesal tak sudah.

*inilah pemikiran ibu-ibu bekerjaya agaknya. Angah and kak da saya pon pasti melalui dilemma yang sama*

Tapi kalau berhenti, kene kurangkan shopping. Tak boleh main beli je macam sekarang. Sekarang nak shawl baru, baju baru, kasut baru, jam baru. Lantaklah duit sendiri kata kan. Kalau jd housewife (HW) mesti kene control semua nya. Mesti kena minta duit suami, unless….. ada side income sendiri.

Lagi satu, kalau jadi surirumah dah tak ada benefit macam maternity, medical, semua kena mengharap suami. Memangla ada amik insurance tapi monthly payment kena bayar juga. Lagi satu, terfikir juga pasal KWSP, nnt bila jadi HW mana ada KWSP. Habes dah tua nnt nak hidup guna apa, anak nak kahwin kene juga tolong sikit-sikit. Pastu nak mengerjakan umrah/haji lagi…

Banyaknye kena pikir sebelum buat keputusan drastic, lagipon kerja sini ok je. Tak ada masalah dekat dengan rumah,environment pon ok. Sbb kerja dengan agensi kerajaan kan, cuma saya nak masa untuk menghabeskan masters saya yg dah tertunggak selama 2 semester. Haha. Saya perlukan masa selama 1 bulan sahaja untuk analisa data. Itu sahaja.

Yang buat hati bolak balik ni sbb mak offer untuk buat insurance mak. Boleh jadi side income kalau jd HW, sambil tuh boleh focus on masters. Kalau buat insurance mak suruh buat mcm mak, manage mak punya client, n buat sales sikit-sikit je. Tapi mak saya banyak contact, lain la cerita nya….

Lagi satu yang bermain dalam fikiran, kalau jd HW, tiba-tiba suami buat perangai. Ada perempuan lain, kalau bekerja I still afford nak tanggung my ownself dan anak. Kalau HW, kena berserah sahaja? OHhhh no, ayah selalu pesan, anak perempuan kena kerja. Sbb byk case yang tak terjangka. Kdg2 masalah kesihatan dll.

Macam byk cons dari pros when it comes about money…Lgpon i'm just 26,,,,,

Tapi back to basic, mampu ke nak devoted my life to marriage only?

Nak mengemop, vacum, sidai baju, prepare breakfast, lunch, dinner, pergi pasar, dll. urghhhh. kalau sekarang boleh upah orang weekly untuk kemas rumah. lg sonang. hahahahha.

Sepertinyaaaaaaaaa, terlalu muda untuk jadi surirumah. So cancella nak jadi Surirumah. J

p.s: sangat kagum dengan mereka yang bergelar HW