Tuesday 16 April 2013

Kehendak ISTERI


Baru-baru ni banyak yang share mengenai kehendak perempuan kat FB. Perempuan nak lelaki yang boleh jadi IMAM, CHEF, PLUMBER @ ENGINEER, ROMANTIK, BABY SITTER, BEST FRIEND, ROMANTIC, CLOWN,  dan beratus-ratus list lagi.

Tapi actually, perempuan just nak lelaki yang boleh membimbing, ringan tulang & memahami. Hal urusan rumah, memang perempuan boleh settlekan dari mop, sidai baju, cuci sampah, masak, dan macam-macam lagi. Tapi perempuan sekarang bekerjaya, penat kat office lepas tu rushing-rushing nak sediakan makan malam pula. Kain baju nak berangkat juga. Ingat semua tuh tak guna banyak tenaga??? Jadi time macam ni la kita perlukan suami untuk bantu sedikit sebanyak. Tolong bende yang mudah cukupla, macam…
·         Angkat kain
·         Buang sampah
·         Tolong lap meja lepas makan
·         Tolong feed the kids

Simple! Itu dah lebih dari cukup. Macam tuh separuh dari beban isteri dah terlepas.

Bagi saya, saya tak mengharapkan suami boleh jadi plumber / electrician. Kalau suami ada kelebihan membaiki, it’s a bonus, tp kalau ada kelebihan “seperti tikus membaiki labu” baik tak payah. Biar la kita upah sahaja orang & puas hati.

Lagi satu, pekara paling penting ialah suami mampu jadi IMAM. Mendidik anak & isteri mengenai halal & haram, menegur kesalahan dalam solat, dan membetulkan sewaktu mengaji. Kalau tak boleh betulkan pon, ajaklah isteri untuk sama-sama pergi belajar dgn cikgu agama @ jemput cikgu agama datang ke rumah. Ini kehendak saya yang paling penting.

Dan untungnya, kalau dapat lelaki yang sensitive, yang ingat birthday kita @ anniversary. Walaupun sekadar ingatan, sudah lebih dari cukup. Tak semestinya nak kena bagi hadiah, cukupla mengingati.

So, perempuan tak de nya nak lelaki jadi superman bagai semua sebab memang tak wujud lelaki cam gituh ponnnnnnnnn.

Cukupla lelaki tuh jadi RINGAN TULANG & PEMBIMBING.

p/s: sekadar sharing

No comments:

Post a Comment