Monday 3 February 2014

Tips Perkahwinan: Beli Rumah

          


Yup, saya paham masalah kahwin muda. Kahwin sama baya pulak. Lepas kerja setahun terus kahwin. Itu saya. Simpanan pon nan hadorrr. Memang seksa tapi benda ni parent kita pon lalui juga. So what the heckkkk!

Saya bagi sedikit tips, mungkin tak tersusun tapi boleh gunakan sebagai panduan.

Anda nak beli rumah. Duit yang ada cukup-cukup untuk booking je?

Bayar 10% tak mampu? Yela kalau 10% from 370k, mana nak cekau rm37K?

Cari pemaju yang bagi option untuk pembayaran 10% ni.

Macam saya, harga rumah RM378K, so ada diskaun 7% as bumi. Balance ada lagi 3%, pemaju bagi lagi discount 1% sbb “early bird buyer”. So balance saya cuma bayar around 3% dari harga rumah.

Tapi saya ada dapat rebate lain lagi dari pemaju. So beban untuk down payment dah kurang. Tinggal untuk bayar S&P agreement je.

Bayar lawyer dalam RM7-10K. Ada yang pemaju cover untuk lawyer fees, so pandai-pandai cari pemaju yer kawan-kawan.

Pemaju pon akan introduce bank officer untuk kita apply loan. JANGAN apply satu loan sahaja! Apply banyak-banyak. Dan tengok apa benefits yang bank bagi kat kita seperti lawyer fees, MRTA semua. Ada bank bagi kita 90% pinjaman, ada yang 100%. Semua tuh depends on our commitment.

Lagi satu, make sure payment commitment (contohnya kereta, credit card) kita pon cantik, baru bank senang lulus loan.

Then proceed dengan S&P, settle ni boleh keluarkan duit KWSP dari account 2. YiPPa!

Memang duit KWSP tuh untuk masa tua kita, tapi kalau dah duit tak ada, guna jela resource yang kita ada.

Nak kurangkan beban bulan-bulan? Keluarkan duit KWSP account 2 (mana yang ada balance) untuk monthly payment. Korang boleh google document apa yang KWSP nak untuk buat pembayaran ni. KWSP akan transfer duit kat account korang setiap bulan dan jangan pulak duit tu guna untuk belanja benda lain!

Kena discipline.

Pembayaran bulan-bulan pulak. Ikut progress rumah. Mula-mula 100, makin banyak progress rumah makin banyak la bayaran rumah. Once rumah dah siap baru bayar FULL. Time tuh menangis nak bayar.


T________________________________T

Love,
Sarina




No comments:

Post a Comment