Tuesday, 4 December 2012

Ragam ketika mengandung


Alhamdulillah setakat ni tak ada mengidam apa-apa, tak ada la teringin pelik-pelik. Cuma ada lah beberapa pekara yang jadi habit time pregnant ni.

1.       Morning sickness
-boleh di consider dalam category teruk sebab sentiasa nak muntah, tak kira masa. Sampai dehydrated, kadang-kadang lemah macam kene keracunan makanan. Pukul 3 or 4 pagi pon still muntah2.
2.       Kegagalan mengawal pundi
-bila muntah kadang2 sampai terkucil-kucil. Tak tahu la orang lain macam ni ke tak tp memang kene bawa extra panties pergi mana-mana. Ada sekali ni kat parking office muntah teruk sampai terkucil, extra panties pula tak bawak, patah balik rumah terus MC. Baru tau betapa sukar jadi ibu. Sometimes bila tgk member2 relax je time preggy rasa jeles, tp yela bahagian masing-masing. Kena pasrah dan redha n piker banyak pahala boleh kutip time mengandung ni.
3.       Durian
-haih bau durian, pix durian, durian crepe ke, durian tempura ke. Semua tak boleh, tengok pon dah rasa loya. Padahal, dulu boleh dicategorykan sebagai hantu durian. Senang citer apa yang I suka bukan lagi menjadi kesukaan terus fall dlm category kebencian.
4.       Bau suami
-memang tak boleh bau Mr S, rasa pening saja. Padahal suami baru masuk bilik, da rasa rimas dengan bau dia. Bukan busuk pon tapi memang tak boleh. Tp rasa nya ni normal, sbb ramai kawan pon mengalami bende yang sama.
5.       Tidur tak lena
-setiap malam tidur tak lena, ada je mimpi, bukan tak baca doa. 3 Qul, al-fatihah, mengucap dua kalimah syahadah, selawat semua baca tp tak tahu kenapa tidur still tak lena. Pukul 4 / 5 mesti terjaga, smpi pukul 6.30pagi baru terlena balik. Tak tahu la macam mana nak bertahan sampai akhir nnt.
6.       Masak
-memang tak masak lansung time preggy, naseb tinggal dengan mak. Sometimes bila mak masak, tak tahan bau nyorok duduk kat depan. Kesian mak, tp Alhamdulillah mak sgt memahami. Begitu juga family in law.
7.       Berjalan jauh
-yang ni memang pasti, tak boleh jalan jauh. Nnt bila balik surely muntah-muntah, letih, badan sakit, perut mengeras. Padahal baru 15 minggu. Kalau pergi pavi tuh pon rasa macam dah jauh gila. Rasa macam nak pitam je, bila jalan dalam mall. Jalan sikit kena duduk, kesian Mr S, nasib dia penyabar. Haha kalau tak sabar pon terpaksa juga sabar. J

Tuhla serba sedikit perangai tak semenggah time preggy, harapnya anak ni bila keluar menjadi anak yang soleh/solehah dan memahami. Amin.

1 comment: